Harian Metro

TETAP GEMPUR!

- Syafiq Aznan, Rizanizam Abdul Hamid & Seri Nor Nadiah Koris sukanteam@nstp.com.my

 Kim Swee nafi skuad muda negara tarik diri sertai Sukan Asia

Kuala Lumpur

Nada jurulatih skuad Bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee berubah dan mendakwa beliau serta anak buahnya tetap memandang serius saingan Sukan Asia Jakarta-Palembang dan tidak akan menarik diri daripada menyertai temasya berkenaan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa skuad muda negara mahu tarik diri daripada Sukan Asia 2018 dan sebaliknya saya menjelaska­n peraturan sebenar berhubung senarai pemain minimum ke kejohanan tersebut.

“Saya menjawab soalan daripada media mengenai kesan jika membawa 18 pemain minimum ke Sukan Asia 2018 dan saya bukan mahu tarik diri daripada kejohanan itu.

“Sudah tentu kita mahu bermain di Sukan Asia kerana kita tahu kejohanan ini memberikan platform kepada kita untuk bermain dengan pasukan-pasukan bagus seperti Korea Selatan, Arab Saudi dan sebagainya.

“Pasukan bawah 23 tahun tidak pernah merancang untuk menarik diri daripada kejohanan bola sepak Sukan Asia 2018 dan kami cukup memandang dalam hal ini.

“Apa yang mustahak, saya akan mengikuti perancanga­n pihak pengurusan yang menentukan persiapan kami ke Sukan Asia 2018 dan saya sebagai ketua jurulatih akan bertindak seperti yang diarahkan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Semalam, Sukan NSTP melaporkan skuad B-23 negara bakal berdepan ‘malapetaka’ dahsyat apabila berkemungk­inan terpaksa menarik diri daripada menyertai temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang yang akan berlangsun­g bulan depan andai terus dibelenggu isu pelepasan pemain.

Katanya, peraturan pertanding­an menetapkan mereka perlu membawa sekurang-kurangnya 18 pemain untuk beraksi dan jika mereka terus berdepan dengan masalah kekurangan pemain, situasi itu akan memaksa mereka untuk menarik diri.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertemu dengan Kim Swee serta semua Exco sukan negeri bagi mendapatka­n gambaran menyeluruh isu berkenaan.

“Kita dalam proses nak jumpa semua Exco sukan negeri dan Kim Swee untuk duduk cari penyelesai­an bersama. (Membuat) tindakan segera tanpa kita berdialog

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia