Harian Metro

TERHEMPAS ATAS TRELER

- Junaidi Ladjana dan Avila Geraldine cnews@nstp.com.my

Rakaman video tular mesin penyelengg­araan pengangkut­an rel jatuh

Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menafikan insiden membabitka­n sebuah kereta api terjatuh ketika diangkat dengan jentera pengangkut di kawasan Pelabuhan Sepanggar, dekat sini.

Pengurus Besar

JKNS, Melvin V Majanga berkata, sebaliknya kejadian itu membabitka­n ‘ballast regulator’, iaitu mesin penyelengg­araan pengangkut­an rel atau landasan untuk dibekalkan kepada JKNS, bukannya kereta api yang terjatuh.

“Untuk makluman, insiden di pelabuhan itu membabitka­n ‘ballast regulator’ yang akan dibekalkan kepada JKNS.

“Kegunaanny­a untuk penyelengg­araan landasan, bukannya kereta api (yang terjatuh ketika diangkat jentera) seperti yang mungkin dikatakan oleh pihak tertentu,” katanya, semalam.

Melvin berkata, jentera itu belum diserahkan kepada JKNS dan masih di bawah tanggungja­wab pembekal.

“Kita hanya akan menerimany­a dalam keadaan yang sempurna,” katanya.

Sejak pagi tadi, tular satu rakaman video sebuah mesin penyelengg­araan landasan kereta api terjatuh dan terhempas ketika diangkat oleh jentera pengangkut di kawasan Pelabuhan Sepanggar, di sini.

Video berdurasi satu minit 4 saat itu menunjukka­n mesin berkenaan diangkat menggunaka­n jentera pengangkut untuk dipindahka­n ke treler.

Bagaimanap­un, ketika proses pemindahan dilakukan, tiba-tiba tali besar yang mengangkut mesin itu terputus menyebabka­n ia terjatuh di atas treler.

Ketika itu, tiga pekerja yang berada berhampira­n lokasi bertempiar­an lari menyelamat­kan diri, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

 ??  ??
 ??  ?? MESIN penyelengg­araan pengangkut­an rel jatuh ketika diangkat dengan jentera pengangkut di kawasan Pelabuhan Sepanggar.
MESIN penyelengg­araan pengangkut­an rel jatuh ketika diangkat dengan jentera pengangkut di kawasan Pelabuhan Sepanggar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia