Harian Metro

Sedut jus dalam buah

-

Kota Kinabalu: Jus nanas dan tembikai dijual dalam buah sebenar antara tarikan terkini pengunjung di tamu Jalan Gaya, di sini, terutama dalam kalangan pelancong.

Peniaga Vincent Tan,

32, berkata, pengunjung termasuk pelancong singgah di gerainya yang menghidang­kan jus buah sebenar tanpa ditambah gula.

“Atas permintaan, kami menggunaka­n alat pengadun untuk menghasilk­an jus daripada isi buah-buahan.

“Sebelum itu, kami menyimpan semua buahbuahan dalam bekas ais untuk sejukkan buah, bukan dicampur ais kerana ia mengekalka­n rasa buah dan mengelak rasa jus berubah apabila ais cair,” katanya ketika ditemui NSTP di tamu berkenaan.

Vincent yang mengendali­kan gerai itu dengan dua rakan berkata, dia mendapat idea membuat jus itu di YouTube, dua tahun lalu.

“Sebelum ini, peniaga di tamu ini tidak banyak menawarkan jus segar.

“Sejak itu, daripada menjual barangan kristal, saya beralih membuat jus ini dan ia laris seperti pisang goreng panas,” katanya sambil menambah jus itu turut popular dalam kalangan penduduk tempatan.

Harga jus buah dijualnya antara RM10 hingga

RM20, bergantung kepada saiz dan mereka mampu menjual sehingga 80 biji nanas yang dijadikan jus dan tembikai dalam sehari terutama ketika cuaca panas.

Katanya, bekalan nanas diperoleh dari Kiulu manakala tembikai dibeli dari Kota Belud.

 ??  ?? PELANCONG Korea Selatan, Jeong Ui Seok, 25, (kanan) bersama temannya menikmati jus nanas di Pasar Minggu Jalan Gaya.
PELANCONG Korea Selatan, Jeong Ui Seok, 25, (kanan) bersama temannya menikmati jus nanas di Pasar Minggu Jalan Gaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia