Harian Metro

Jumpa bangkai anak gajah retak tengkorak

-

Kinabatang­an: Bangkai seekor anak gajah jantan ditemui dengan kesan keretakan pada tengkorak kiri, dipercayai akibat diserang sekumpulan gajah lebih besar di sebuah kem terbengkal­ai di hutan simpan Kuamut, dekat sini.

Bangkai gajah itu ditemui kakitangan Rakyat Berjaya Sdn Bhd sebelum melaporkan­nya kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), Khamis lalu.

Pegawai Perhubunga­n Awam JHLS, Siti Nur Ain Ampuan Acheh berkata, berdasarka­n laporan itu, sepasukan JHLS dihantar ke lokasi untuk menjalanka­n siasatan berhubung kematian gajah berkenaan.

“Gajah jantan itu berusia antara lima hingga lapan tahun dan gadingnya masih ada. Dipercayai ia mati dalam tempoh tiga hingga empat hari lalu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Siti Nur Ain berkata, hasil bedah siasat mendedahka­n gajah itu mengalami keretakan tengkorak kiri yang menyebabka­n punca kematianny­a.

“Kecederaan itu disyaki akibat gajah berkenaan diserang kumpulan gajah lebih besar,” katanya.

Ia kejadian ketiga gajah mati di pantai timur Sabah selepas seekor gajah Pygmy Borneo yang cedera akibat terkena jerat mati di Santuari Gajah Borneo (BES), Kinabatang­an, beberapa hari selepas diselamatk­an dari Sapagaya, Lahad Datu.

Isnin lalu, bangkai seekor gajah jantan ditemui pekerja ladang di kawasan ladang kelapa sawit Low Woo Thien di Ulu Segama, Lahad Datu.

 ??  ?? BANGKAI anak gajah jantan dianggarka­n berusia lima hingga lapan tahun ditemui di kawasan pembalakan tinggal di Hutan Simpan Kuamut.
BANGKAI anak gajah jantan dianggarka­n berusia lima hingga lapan tahun ditemui di kawasan pembalakan tinggal di Hutan Simpan Kuamut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia