Harian Metro

Kunjungan hormat TPM di Sabah

-

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatka­n Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai pemimpin terbaik untuk memacu negeri ini ke tahap lebih tinggi.

Bercakap kepada media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Mohd Shafie di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini, petang semalam, Timbalan

Perdana Menteri berkata, beliau yakin Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu mampu membawa angin perubahan kepada Sabah.

“Walaupun Sabah (pentadbira­n) berubah beberapa kali sejak

Malaysia dibentuk, tetapi kali ini kita mempunyai Datuk Seri Shafie yang berpengala­man, saya rasa beliau lebih berkemampu­an membawa Sabah ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri tidak menyentuh mengenai isu berat.

“Saya memberi taklimat mengenai apa yang berlaku di peringkat negeri, pembanguna­n bukan saja dari segi pentadbira­n negeri tetapi isu yang dihadapi,” katanya.

Mengenai soalan lain, beliau berkata, mereka juga tidak bercakap berhubung isu royalti minyak kerana perkara itu disebut dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dan WARISAN.

Beliau berkata, mereka juga tidak membincang­kan mengenai cadangan AirAsia untuk kembali beroperasi di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabang­sa

Kota Kinabalu kerana ia perlu disusuli dengan Kementeria­n Pengangkut­an.

 ??  ?? WAN Azizah bergambar dengan Mohd Shafie selepas kunjungan hormat di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu.
WAN Azizah bergambar dengan Mohd Shafie selepas kunjungan hormat di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia