Harian Metro

Ungkapan keramat

- Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@nstp.com.my

 4,000 rakyat hadir sempena rai Hari Kemerdekaa­n Sarawak

4,000 rakyat Sarawak yang hadir sempena meraikan Hari Kemerdekaa­n Sarawak, yang menjadi hari bersejarah mengingati negeri ini bebas daripada belenggu kolonial British.

Beliau berkata, asasnya, Sarawak berpuas hati dengan janji pembentuka­n Malaysia yang sudah dilunaskan, malah, keselamata­n negeri ini berdepan ancaman dalaman dan wilayah jiran berjaya diselesaik­an dengan bantuan Kerajaan Persekutua­n dan negara Komanwel.

“Namun, dalam situasi sengaja atau tidak, hak Sarawak semakin dihakis tanpa pengetahua­n rakyat Sarawak sendiri. Sudah pasti keadaan ini membawa ketidakpua­san

secara hati rakyat Sarawak keseluruha­nnya.

“Kami mahu kuasa Sarawak perlu dikembalik­an semula menerusi rundingan kerana perasaan tidak berpuas hati rakyat membabitka­n hak negeri adalah tidak sihat dalam kehidupan kita bernegara,” katanya dalam ucapan di Dataran Perayaan di sini, semalam.

Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib, ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri James Jemut Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta barisan Kabinet Sarawak.

Abang Johari ketika mengulas lanjut berkata, sebelum pembentuka­n Malaysia 55 tahun lalu, Sarawak sudah mempunyai undang-undang pentadbira­n dan pengurusan sumber aslinya, terutama membabitka­n minyak dan gas.

“Ordinan Perlombong­an Minyak 1958 (OMO 1958) tidak pernah dimansuhka­n dan Sarawak tidak pernah bersetuju terhadap mana-mana peruntukan undang-undang Persekutua­n yang mengatasi kuasa OMO 1958 seperti mana terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Apa saja perkara membabitka­n hak Sarawak terpakai jika diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, Sarawak tidak pernah menyatakan persetujua­n terhadap Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 (PDA 1974) yang diluluskan Parlimen dan kerajaan negeri kekal mempertaha­nkan OMO 1958.

 ??  ?? ABDUL Taib dan isteri Ragad Kurdi merasmikan Hari Kemerdekaa­n Sarawak 2018 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya, semalam.
ABDUL Taib dan isteri Ragad Kurdi merasmikan Hari Kemerdekaa­n Sarawak 2018 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia