Harian Metro

Cawangan PPBM pertama

-

Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Petra Jaya yang pertama ditubuhkan di Sarawak semalam, dianggap perintis kepada lebih banyak lagi cawangan baharu dibuka di negeri ini dalam tempoh terdekat.

Ketua Cawanganny­a, Affendi Jeman, berkata, cawangan berkenaan akan menghantar permohonan pembukaan cawangan itu kepada Ibu Pejabat

Bersatu, di Kuala Lumpur, esok.

“Saya akan menghantar permohonan pembukaan cawangan terbabit dan berharap kelulusan permohonan diterima secepat mungkin sebelum agenda seterusnya dilaksanak­an.

“Setakat ini, Cawangan PPBM Petra Jaya mempunyai 17 anggota jawatankua­sa berusia antara 25 hingga 60 tahun yang terdiri daripada pelbagai latar belakang,” katanya.

Beliau berkata, majoriti daripadany­a adalah muka baru yang sebelum ini tidak mempunyai pengalaman politik, bagaimanap­un mempunyai inspirasi tinggi berkhidmat kepada rakyat.

“Ini adalah landasan baru kepada mereka dan kami merekrut lebih ramai ahli, termasuk melakukan perbincang­an dengan rakan Pakatan Harapan (PH) seperti PKR, DAP dan AMANAH (Parti Amanah Negara) sejurus mendapat lampu hijau daripada ibu pejabat,” katanya.

Affendi yang juga ahli parti PPBM sejak dua tahun lalu, yakin rakyat Sarawak boleh menerima kehadiran parti itu di negeri ini sekiranya ikhlas berjuang serta mahu berkhidmat kepada rakyat.

Ungkapan keramat Anang Malaysia baka tebu, manis dipun tabar di hujung kembali bergema pada sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak Ke-55 di Dataran Perayaan di sini, semalam.

Ungkapan berkenaan yang dilontarka­n mendiang Tun Temenggong Jugah Barieng, ketika pembentuka­n Malaysia bermaksud Jangan Malaysia seperti tebu, manis di pangkal tawar di hujung, cukup signifikan bagi konteks Sarawak sebagai rakan kongsi dalam pembentuka­n negara ini pada 1963.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengingatk­an kembali ungkapan itu di hadapan

 ??  ?? AFFENDI (tengah) bersama anggota PPBM selepas mensyuarat di Kuching.
AFFENDI (tengah) bersama anggota PPBM selepas mensyuarat di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia