Harian Metro

Sarawak tak perlu keluar Malaysia

-

Petra Jaya: “Tiada keperluan Sarawak keluar dari Malaysia, tetapi tidak bermakna rakyat negeri ini tidak boleh menuntut hak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963,” ujar Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak Ke-55 kelmarin, dilihat sebagai manifestas­i negeri itu sebagai satu daripada tiga wilayah membentuk Persekutua­n Malaysia, justeru menghantar mesej jelas kepada Kerajaan Pusat supaya melihat kembali hak Sarawak.

Katanya, Sarawak mempunyai landasan kukuh menerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) membawa suara lebih bebas rakyat Sarawak.

“Selepas berakhirny­a Pilihan Raya Umum Ke-14 (PR14), kami mempunyai Kerajaan Pusat baru di Putrajaya.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkunjung ke Kuching (minggu lalu) dalam lawatan kerja pertamanya ke Sarawak.

“Kami menghargai kedatangan­nya dan kerajaan negeri memberi penjelasan kepada beliau membabitka­n pembanguna­n negeri ini,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak di Dataran Perayaan di sini, kelmarin.

Pada 22 Julai 1963, Sarawak diberikan pemerintah­an sendiri daripada kolonial British dengan Kabinet Sarawak dibentuk.

Ketua Menteri pertama, Datuk Stephen Kalong Ningkan, bersama lima Menteri Kabinet, adalah pemimpin utama negeri ini hingga membawa kepada pembentuka­n Malaysia pada 16 September tahun sama.

 ??  ?? ABANG Johari Tun Openg tiba di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya, sempena Sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak 2018.
ABANG Johari Tun Openg tiba di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya, sempena Sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia