Harian Metro

JERUTAN TALI BIDAI

> Masih terlalu awal untuk merasai kehilangan, apatah lagi meratap pemergian kembarnya yang ditemui terjerut pada tali bidai tingkap oleh ibunya sejurus selesai menunaikan solat Asar di rumahnya kelmarin. Seorang ahli keluarga mangsa berkata kanak-kanak b

- lapor Rosli Ilham.

Kembar kepada Muhammad Azhari Zul Azri, 20 bulan, yang maut akibat terjerut tali bidai di rumahnya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) petang kelmarin, masih belum mengerti hakikat kehilangan adiknya.

Ketika wartawan berkunjung ke rumah neneknya di Taman Abadi, AMBS petang semalam, dia kelihatan riang bermain bersama sepupunya.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali dan tidak pula memberitah­u nama si kembar itu berkata, kanak-kanak terbabit mengetahui kejadian menimpa adiknya itu kerana dia berada di rumah ketika kejadian berlaku.

“Dia masih kecil dan belum faham erti kehilangan. Dia kelihatan girang bermain dengan sepupunya.

“Mungkin selepas sehari dua baru dia terasa kehilangan adiknya itu memandangk­an mereka berdua sangat rapat dan akrab,” katanya.

Ibu bapa mangsa gagal ditemu bual kerana masih sugul dan bersedih dengan kejadian mengejutka­n itu.

“Saya mewakili keluarga arwah minta maaf kerana ibu, bapa dan nenek arwah masih bersedih dan terkejut dengan kejadian itu dan tidak mahu ditemu bual,” kata wanita itu mewakili keluarga berkenaan.

Katanya, Allahyarha­m Muhammad Azhari dan kembarnya disayangi neneknya kerana sejak kecil kedua-dua mereka dijaga warga emas itu.

“Nenek, ibu dan bapa arwah terkejut dengan kejadian itu dan saya harap pihak media memahami dan tidak menemu bual mereka yang masih trauma,” katanya.

Muhammad Azhari disedari terjerut tali bidai terbabit oleh ibunya, Noryasmin Mat Yasin, jam 6.50 petang kelmarin.

Sebelum kejadian, kanak-kanak terbabit dikatakan bermain bersendiri­an di atas sofa berhampira­n kawasan tingkap rumahnya manakala ibunya menunaikan solat Asar.

Sebaik selesai solat, ibu mangsa terkejut mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum bertindak menghubung­i suaminya, Zul Azri Hashim. Zul Azri, 39, seorang penyelia projek bergegas pulang ke rumah dan mendapati isterinya ketika itu memangku mangsa sebelum mengejarka­n Muhammad Azhari ke Klinik Kesihatan AMBS untuk mendapatka­n rawatan.

Bagaimanap­un, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik berkenaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Superinten­dan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan berkata, hasil bedah siasat pagi semalam mengesahka­n mangsa meninggal dunia akibat kesan jerutan tali bidai berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? JENAZAH Muhammad Azhari yang maut terjerut tali bidai di rumahnya.
JENAZAH Muhammad Azhari yang maut terjerut tali bidai di rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia