Harian Metro

PAK SAMAD, BUKU BERPISAH TIADA

 Minat dalam bidang penulisan dorong untuk miliki bahan bacaan bermutu tinggi

- Kalidevi Mogan Kumarappa cnews@nstp.com.my

Cinta Sasterawan Negara, Datuk Seri Abdul Samad Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A Samad Said terhadap buku amat tinggi, malah menganggap buku sebagai perhiasan diri yang tidak ternilai.

Beliau memiliki pelbagai koleksi buku sejak akhir 1940-an lagi yang memenuhi sebahagian besar ruang rumahnya termasuk bilik tidur.

Beliau juga tidak keberatan mengeluark­an belanja besar membeli buku bermutu dan mempunyai nilai tinggi. Sasaran beliau adalah buku edisi terawal dan berkulit tebal (hard cover).

“Saya lebih suka terserempa­k dengan buku yang menarik minat untuk dibaca. Kadangkala ada juga yang dibeli berdasarka­n minat saya.

“Buku yang saya baca sekarang adalah ‘Anak raja dengan anak papa’ yang ditulis Mark Twain sebelum diterjemah pendeta Za’ba. Dengan membaca buku ini saya dapat menikmati bahasa Melayu tulen,” katanya.

Beliau sentiasa ingin mendahului dalam memiliki sesebuah buku yang bagus. Tidak hairan jika beliau mempunyai kegemaran berkunjung dan meluangkan banyak masa di kedai buku.

“Saya tidak pernah lokek membeli buku. Namun antara paling utama ialah bukan jumlah buku dibaca tetapi sama ada buku dibaca itu penting atau tidak iaitu relevan dengan situasi semasa yang boleh mendorong kita lebih memahaminy­a.

“Sebagai contoh dalam bidang kesusaster­aan, kita mulakan dengan karya yang sudah diterima dan diperakui seperti pernah memenangi Hadiah Nobel atau anugerah penulisan lain supaya tidak membazir masa membaca bahan yang sia-sia,” katanya.

Minat beliau terhadap bidang kesusaster­aan bermula sejak di alam persekolah­an, khususnya kesusaster­aan antarabang­sa yang dihasilkan dalam bahasa Inggeris mencakupi karya dari England, Eropah dan Amerika Syarikat.

Baginya, memahami karya penulis yang bagus adalah permulaan terbaik ke arah melahirkan penulisan sendiri. Keinginan ‘bercerita’ melalui karya dipupuk daripada amalan ibu beliau bercerita kepadanya ketika kecil.

Pada pandangan beliau, kesusaster­aan adalah suatu jalan mengenali kehidupan secara keseluruha­n mencakupi mengenai sesebuah masyarakat, isu, sejarah, budaya, malah pertarunga­n kuasa.

Menurutnya, meskipun ada ribuan buku di rumahnya termasuk separuh koleksi yang sudah dijual kepada Perpustaka­an Negara, dia masih dapat mencari buku yang dikehendak­i pada bila-bila masa.

“Bagi mata kasar keadaan rumah yang dipenuhi buku mungkin nampak tidak terurus namun saya tahu kedudukan setiap buku berikutan ia disusun mengikut penulis mahupun genrenya,” katanya.

Beliau yang turut mempunyai koleksi penulisann­ya sendiri seperti Salina, Hujan Pagi, Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang dan Dari Salina ke Langit Petang berharap novelnya, Sungai Mengalir Lesu yang berkisar mengenai kehidupan pada zaman penjajahan Jepun akan diadaptasi menjadi filem bagi menceritak­an lebih lanjut kesusahan pada zaman itu.

“Saya lebih suka terserempa­k dengan buku yang menarik minat untuk dibaca”

A Samad Said

 ??  ??
 ??  ?? TEMU bual bersama A Samad Said mengenai koleksi bukunya.
TEMU bual bersama A Samad Said mengenai koleksi bukunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia