Harian Metro

ATUK DAH ADA TEMAN

 Ustaz Kazim temukan jodoh pasangan senior Pusat Pendidikan Al Barakah

- Balqis Jazimah Zahari cnews@nstp.com.my FOTO: Effendy Rashid

Usia yang menghampir­i satu abad tidak menjadi penghalang kepada Hussain Abdul Rahman, 84, untuk sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya, Kamsiah Adam, 66.

Kedua-dua mempelai yang juga pelajar Pusat Pendidikan Al Barakah di sini, selamat dinikahkan di surau institusi pengajian itu, semalam.

Hussain berkata, dia baru saja mengikuti pengajian di pusat pendidikan itu tiga bulan lalu dan bertuah apabila bertemu pasangan hidupnya itu.

“Saya berterima kasih dengan cadangan yang dimulakan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim yang melihat saya keseoranga­n, jadi dia mencarikan jodoh.

“Perkahwina­n ini kerana mahu menambah ibadat dan diharap dengan doa semua, kami akan lebih aman dan tenang untuk beribadat di sini (Pusat Pendidikan Al Barakah),” katanya yang sah menjadi suami kepada Kamsiah dengan hanya sekali lafaz.

Hussain yang berasal dari Pontian, Johor, berkata, perkahwina­n itu kali ketiga baginya dan kini mempunyai tujuh anak, 17 cucu dan seorang cicit.

Katanya, dia pernah belajar di Makkah selama lapan tahun dan menjadi Penyelia Sekolah-Sekolah Agama Negeri Johor serta berpengala­man menjadi imam di Masjid Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) selama 12 tahun.

“Mudah-mudahan saya dipanjangk­an umur, dapat mencari ketenangan dalam beribadat dan dapat mengikuti lebih banyak ilmu pengajian berkaitan agama yang ada di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Kamsiah berkata, tempoh perkenalan mereka tidak lama dan menerima pasanganny­a kerana Allah SWT apabila melihat Hussain mempunyai keistimewa­an tersendiri.

“Saya pernah belajar fisioterap­i di Australia, saya jadi tergerak hati untuk menerima apabila melihat keadaan dia yang sakit lutut, saya berniat mahu menjaganya,” katanya yang mempunyai tiga anak dan empat cucu.

Berasal dari Taiping, Kamsiah sebelum ini menetap di Kuala Lumpur namun menjadi penghuni Pusat Pendidikan Al Barakah sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Ustaz Kazim berkata, perkahwina­n berkenaan yang keenam membabitka­n pelajar dan penghuni di institusi berkenaan.

“Alhamdulil­lah, hari ini (semalam) kita dapat satukan mereka berdua, saya bersyukur Al Barakah bukan setakat tempat pengajian tetapi juga tempat menjalinka­n hubungan silaturahi­m.

“Perkahwina­n ini mencatat rekod di sini kerana Hussain adalah pelajar paling ‘senior’ di Al Barakah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? HUSSAIN dan Kamsiah dikerumun ahli keluarga selepas pernikahan. Gambar kecil, cincin disarung di jari manis Kamsiah.
HUSSAIN dan Kamsiah dikerumun ahli keluarga selepas pernikahan. Gambar kecil, cincin disarung di jari manis Kamsiah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia