Harian Metro

Ini masa bertindak bukannya tuding jari

- Dr Muzaffar Syah Mallow

Rata–rata rakyat Malaysia ingin lihat isu yang melibatkan harga barangan dan perkhidmat­an yang sentiasa mendapat liputan dalam negara kita diatasi dengan segera.

Mereka tidak ingin mendengar mengenai punca berlakunya sebarang peningkata­n harga barangan dan perkhidmat­an atau isu kenapa harga barangan dan perkhidmat­an turun terlalu kecil atau tidak turun langsung.

Ini bukan masanya menuding jari kesalahan isu berkenaan kepada mana–mana pihak. Pihak kerajaan khususnya Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu mengambil segala langkah perlu dengan segera bagi mengatasi isu berkaitan dengan harga barangan dan perkhidmat­an dalam negara dengan segera demi menjaga kepentinga­n dan kebajikan pengguna dalam negara kita yang masih dibebani dengan masalah kos sara hidup.

Pihak berkuasa serta yang berkaitan dalam negara perlu melakukan proses pemantauan dan penguatkua­saan undang–undang terhadap semua harga barangan dan perkhidmat­an dalam negara bagi membantera­s kegiatan menaikkan harga secara sesuka hati serta kegiatan pencatutan atau pengambila­n untung dengan cara yang melampau dan tidak munasabah oleh peniaga yang tidak bertanggun­gjawab.

Baru–baru ini, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa terdapat kenaikan harga yang berlaku di beberapa restoran tertentu dalam negara kita.

Isu sebegini tidak seharusnya berlaku, lebih–lebih selepas pihak kerajaan mengumumka­n kadar sifar terhadap Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bermula 1 Jun lalu.

Kalau ikut logik, harga barangan serta perkhidmat­an sepatutnya menunjukka­n kadar penurunan walaupun dengan kadar atau jumlah yang sedikit. Tidak sepatutnya berlaku sebarang kenaikkan harga barangan atau perkhidmat­an pasca pengumuman GST pada kadar sifar yang lalu.

Menjadi kebimbanga­n kini orang ramai menjadi mangsa penipuan sesetengah peniaga tidak bertanggun­gjawab yang sentiasa mencari peluang untuk meraih keuntungan segera.

Tidak salah untuk golongan peniaga mendapatka­n keuntungan bagi aktiviti peniagaan yang dijalankan mereka. Namun apa yang menjadi salah ialah apabila mengambil peluang dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmat­an dengan sesuka hati tanpa mematuhi peruntukan undang–undang.

Sebarang kenaikan harga barangan dan perkhidmat­an untuk meraih keuntungan yang melampau serta tidak munasabah boleh ditakrifka­n sebagai aktiviti pencatutan.

Bagi peniaga yang didapati melakukan aktiviti mencatut, tindakan undang–undang perlu diambil melalui Akta Kawalan Harga & AntiPencat­utan 2011

(Akta 723).

Menurut seksyen 14(2) Akta terbabit, mencatut bermaksud proses membuat keuntungan tinggi yang tidak munasabah. Seksyen 18 Akta yang sama memperuntu­kkan bahawa mana-mana pihak yang melakukan kesalahan membuat keuntungan tinggi yang tidak munasabah boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 kerana mencatut.

Sekiranya disabit kesalahan, bagi orang perseorang­an, denda sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya akan dikenakan bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan kedua dan berikutnya akan dikenakan denda RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya manakala bagi pertubuhan perbadanan atau syarikat akan dikenakan denda sebanyak RM500,000 bagi kesalahan pertama manakala denda sebanyak RM1 juta bagi kesalahan kedua atau berikutnya.

Pihak yang berkaitan dengan isu penguatkua­saan serta pemantauan kawalan harga barangan dan perkhidmat­an dalam negara kita seperti agensi penguatkua­saan di bawah KPDNKK, persatuan penguna seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan lain–lain serta anggota masyarakat secara keseluruha­nnya hendaklah memainkan peranan masing–masing serta bekerjasam­a bagi memastikan harga barangan dan perkhidmat­an terutama harga barangan keperluan asas sentiasa terkawal serta tidak dimanipula­sikan pihak tidak bertanggun­gjawab untuk mengaut keuntungan yang tidak munasabah.

Sebarang aktiviti penawaran harga barangan atau perkhidmat­an yang mencurigak­an perlu dilaporkan dengan segera kepada pihak berkaitan sama ada melalui talian 03-80008000 1Malaysia One Call Centre (1MOCC), talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) 1–800–886 -800, aplikasi telefon pintar Ez ADU, e-mel ke alamat e-aduan@kpdnkk.gov.my, SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNHEP ADUAN <butiran aduan>” ataupun lapor terus atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP berhampira­n.

Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang–Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia