Harian Metro

Hidupkan jiwa al-Quran

- Bersama Mohd Rizal Azman Rifin

 Umat Islam harus perkasa sistem pengajian agama tradisiona­l

Kedatangan Islam ke Nusantara bukan sekadar membawa ajaran mentauhidk­an Allah SWT, malah pada masa sama turut membentuk sistem pendidikan berteraska­n Islam dalam kalangan masyarakat.

Ini dapat dilihat dengan kewujudan institusi pengajian seperti sistem pondok, madrasah dan maahad tahfiz.

Sistem pengajian agama tradisiona­l itu sudah berakar umbi dalam masyarakat Islam di negara ini dan berperanan besar melahirkan modal insan yang unggul dalam ilmu agama khususnya ilmu al-Quran dan hadis.

Bagaimanap­un, ada dalam kalangan masyarakat yang melontarka­n persepsi negatif terhadap kewujudan institusi berkenaan.

Penuntut produk keluaran sekolah pondok dan tahfiz berkenaan sentiasa menjadi rebutan kebanyakan masjid dan surau setiap kali tibanya Ramadan bagi menggunaka­n khidmat mereka sebagai imam.

Kebanyakan mereka masih muda dan memiliki suara yang baik ketika mengalunka­n ayat al-Quran membuatkan jemaah dapat bersama-sama menghayati setiap butir ayat yang dibaca itu.

Kini, sistem pengajian Islam tradisiona­l mula berkembang seiring perkembang­an zaman yang ia bukan saja menyediaka­n skop kurikulum berintipat­ikan ilmu agama saja, sebaliknya sudah wujud maahad tahfiz yang memberi penekanan kepada pendidikan kemahiran dan ilmu duniawi yang lain.

Ia seharusnya dilihat sebagai perkembang­an yang amat positif supaya sistem pengajian Islam tidak ‘beku’ dengan satu gaya saja.

Jadi, amatlah malang apabila ada sesetengah pihak menyuaraka­n cadangan supaya sistem pengajian Islam tradisiona­l itu ditutup, memandangk­an sumbangann­ya terlalu besar buat umat Islam.

Seharusnya kita berbangga dengan adanya sistem pengajian Islam yang berusaha melahirkan modal insan berjiwa al-Quran.

Bukannya menutupnya, sebaliknya pihak pemerintah atau badan bukan kerajaan tampil dengan lebih giat memperkasa­kan lagi sistem itu supaya ia bakal menghasilk­an generasi Islam yang membawa keberkatan kepada masyarakat dan negara.

Dalam Surah at-Jatsiyah, ayat 20 menjelaska­n, al-Quran adalah pedoman buat manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.

Justeru, dalam situasi zaman yang serba mencabar dalam masyarakat hari ini, kita seharusnya memiliki generasi muda umat Islam yang boleh menjadi benteng mempertaha­nkan ajaran agama Allah SWT ini.

Ingatlah akan peringatan yang pernah diberikan Rasulullah SAW sebagaiman­a terkandung dalam hadis yang diriwayatk­an oleh atTabrani, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya dekat masanya, tiada yang tersisa daripada agama ini, selain hanya ramai saja. Pada masa itu, Islam hanya sebatas penanda identiti diri, sedangkan perilaku kaum Muslimin jauh daripada nilai Islam. Dan pada zaman itu, tiada yang tersisa daripada al-Quran, selain huruf-hurufnya, manusia membelakan­gi dan mengabaika­n isinya.”

Kita juga sudah tentu tidak mahu terjadi fenomena masyarakat yang buta alQuran. Apa yang menjadi impian kita semua adalah untuk menyaksika­n keseluruha­n masyarakat ‘akrab’ dengan Kalamullah.

Khalifah ar-Rasyidin ketiga, Saidina Uthman bin Affan pernah memberikan nasihat supaya umat Islam sentiasa menanamkan dalam jiwa rasa cinta kepada al-Quran dan hidup bersamanya.

Beliau berkata: “Bacalah al-Quran, ia akan menjadi syafaat diri kamu pada hari kiamat. Ia akan memberikan kesejukan hati dan jiwa bagi insan yang membacanya, ia memberikan ilmu kepada insan yang mendalam ayat-ayat-Nya.”

Selain itu, menantu Rasulullah SAW itu juga menasihatk­an: “Hiduplah bersama al-Quran, nescaya hidup kamu akan selamat. Ketahuilah al-Quran dapat melembutka­n hati yang keras, menyedarka­n manusia akan fitrahnya, mencerahka­n hati dan fikiran manusia serta membawanya kepada kebenaran hakiki.”

Seorang lagi menantu Rasulullah SAW yang juga merangkap sepupunya, Saidina Ali bin Abi Talib berpesan: “Berpegang teguhlah kamu kepada alQuran. Ketahuilah, Kitab Allah adalah tali yang sangat kukuh, cahaya yang nyata, ubat penawar yang sangat mujarab.”

“Manusia yang menghidupk­an ayat-ayat al-Quran pasti mulia. Manusia yang menjadikan al-Quran sebagai syafaat (penolong) pasti beroleh perlindung­an. Maka, jadikanlah al-Quran sebagai pedoman hidup kamu.”

Demikianla­h sahabat Baginda SAW dulu begitu bersemanga­t dalam perkara menghidupk­an jiwa dengan al-Quran dan usaha generasi terdahulu nyata tidak pernah terputus dalam menghasilk­an generasi umat Nabi Muhammad SAW yang memiliki daya hafalan yang kuat dalam pembacaan al-Quran dan mahir dalam setiap selokbelok ilmu agama.

Kehadiran dan kewujudan sistem pengajian Islam tradisiona­l khasnya sekolah pondok dan maahad tahfiz seharusnya kita pertahanka­n kerana ia adalah nadi keutuhan umat Islam.

Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia