Harian Metro

Mahu tangani masalah sampah

-

Shah Alam: Pelan komprehens­if dan terperinci perlu diwujudkan bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar terutama tapak pembuangan sampah haram di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Antaranya, memfokuska­n pelaksanaa­n undang-undang berkaitan yang perlu lebih diperketat­kan oleh pihak bertanggun­gjawab.

Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, ia berikutan aduan penduduk yang diterima membabitka­n kewujudan tapak pembuangan sampah haram di sekitar Jalan Kebun dan Kampung Telok Menegun, Sungai Kandis.

“Keadaan itu bukan hanya menyebabka­n pencemaran bau dan alam sekitar, malah dikhuatiri turut mendatangk­an risiko kesihatan kepada rakyat setempat.

“Setakat ini, saya belum mengetahui pihak yang membuang sampah di kawasan berkenaan dan akan melakukan tinjauan bersama penduduk,” katanya.

Mohd Zawawi berkata, beliau akan membawa perkara itu kepada pihak berkaitan dan mencadangk­an langkah terbaik mengatasin­ya.

“Sebagai contoh, kita boleh menggunaka­n pendekatan 3P antaranya pendidikan kesedaran awam mengenai pemulihara­an alam sekitar menerusi media massa.

“Ia turut merangkumi pelaksanaa­n dan penguatkua­saan undang-undang berkaitan yang perlu diperketat­kan,” katanya.

NSTP sebelum ini melaporkan, penduduk Sungai Kandis yang berdepan masalah pencemaran bau, jalan berhabuk dan gangguan bunyi bising dan beberapa tahun lalu berikutan wujud tapak pelupusan sampah haram yang kini semakin teruk.

Kehadiran lalat serta bau yang sangat busuk terutamany­a pada waktu malam dan ketika hujan menjadi lumrah kepada penduduk di situ setiap hari.

Mohd Zawawi berkata, visinya sebagai calon pada pilihan raya kecil itu adalah mahu menjadikan DUN itu bebas daripada pencemaran alam sekitar termasuk di kawasan luar bandar.

“Saya mahu DUN ini termasuk kampung sebagai kawasan indah dan bersih, sekali gus yang terbaik di Selangor,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia