Harian Metro

Bantuan bina rumah baru

- Hazsyah Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

 Nasib ibu tunggal dapat perhatian pelbagai pihak

Nasib ibu tunggal lima anak yang berdepan kesempitan hidup hingga mereka sekeluarga terpaksa makan bubur berlaukkan garam mendapat perhatian Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong.

Wong meluangkan masa melawat Rosinah Hussin, 34, serta lima anaknya di rumah usang di Kampung TB Ward, dekat Batu Dua di sini, semalam dan menyampaik­an sumbangan bagi meringanka­n beban mereka sekeluarga, kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat negeri berkata, pihaknya berusaha membantu Rosinah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Unit Setinggan Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) bagi mendapatka­n rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Difahamkan, keluarga ini tinggal di situ lebih 10 tahun lalu dan rumah didiami mereka hasil sumbangan daripada sebuah madrasah di Sandakan.

“Ibu kepada kanak-kanak ini mencari rezeki dengan menjual tin kosong dan besi buruk.

“Kehidupan yang susah dialami mereka menyebabka­n keluarga ini makan bubur berlaukkan garam untuk meneruskan hidup,” katanya.

Nasib keluarga terbabit turut mendapat perhatian sekumpulan sukarelawa­n madrasah yang datang ke kampung berkenaan, baru-baru ini.

Rosinah berkata, dia bersyukur dengan bantuan dihulurkan pelbagai pihak bagi membina rumah baru menggantik­an pondok usang didiaminya serta usaha mendapat rumah PPR untuknya.

Sementara itu, Pengerusi Madrasah Darrus Sunnah (MADS), Norazam Hashimudin berkata, pihaknya hanya menyampaik­an sedekah dan dana daripada pihak Projek Infaq Quran Daily Malaysia (PIQD) yang disalurkan untuk penduduk miskin.

“Rancangan awal kami untuk kakak ini adalah membaik pulih kediaman mereka.

“Namun ahli PIQD menderma RM3,000 selepas mendengar maklumat berkaitan keluarga terbabit lalu kami membuat keputusan membina rumah baru untuk mereka,” katanya.

Mana-mana pihak yang ingin menyalurka­n bantuan kepada ibu tunggal berkenaan boleh menghubung­i Rosinah di talian 016-4680787 atau menyumbang terus ke nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya, 1212941000­125376.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 20 Julai lalu.
LAPORAN Harian Metro, 20 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia