Harian Metro

Promosi destinasi, festival dan menu istimewa Macau

-

Memandu simulator Grand Prix antara aktiviti menarik sepanjang program jelajah ‘Macao Super Sale’ di Sunway Pyramid, Bandar sunway, baru-baru ini.

Program jelajah anjuran Macao Government Tourism Office (MGTO) ini bertujuan mempromosi­kan destinasi, festival dan menu istimewa Macau kepada rakyat Malaysia.

Sempena penganjura­n kali ke-65 Macao Grand Prix, November nanti,

MGTO membuka peluang kepada pengunjung merasai pengalaman memandu simulator Grand Prix seperti beraksi di litar perlumbaan sebenar.

Menerusi pertanding­an ‘Experience Macao

Racing Style’, pengunjung bertuah juga berpeluang memenangi pakej percutian tiga hari dua malam di Macau.

Dikenali dengan syurga makanan, pengunjung turut dihidangka­n pelbagai jenis sajian asli Macau seperti biskut badam, gulagula halia serta pelbagai hidangan enak yang lain.

Dimeriahka­n dengan kehadiran ikon rasmi pelanconga­n Macau, ‘Mak Mak’, pengunjung turut berpeluang memenangi percutian percuma tiga hari dua malam apabila merakamkan gambar swafoto dan dikongsika­n di laman Facebook atau Instagram peribadi.

Antara festival menarik yang bakal berlangsun­g di Macau termasuk ‘Wushu Masters Challenge (Ogos), Pertanding­an Pertunjuka­n Bunga Api Antarabang­sa Macau ke-29, Hari Pelanconga­n Sedunia (September), Festival Muzik Antarabang­sa Macau, Festival Lusofonia ke-21 (November), Festival Makanan Macau ke18 (November), Macao Internatio­nal Marathon, Festival Lampu Macau, Macau Internatio­nal Parade, Internatio­nal Film Festival and Award Macao dan Festival Beli-Belah Macau (Disember).

 ??  ?? PELANCARAN Macao Super Sale di Sunway Piramid.
PELANCARAN Macao Super Sale di Sunway Piramid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia