Harian Metro

Laku pelbagai aktiviti mencabar

-

DARI MUKA H47

Program diadakan di Masjid Kampung Baru Hicom itu bagaimanap­un diadakan dengan kerjasama perusahaan sosial ‘Leaderonom­ics’ yang bermatlama­t membawa transforma­si dalam masyarakat menerusi pembanguna­n kepemimpin­an.

Pengurus Hal Ehwal F&NHB Cariessa Goh berkata, permulaan projek itu bukan sekadar memperkasa­kan penghuni Rumah Ilham dengan pengetahua­n, peralatan dan kemahiran yang diperlukan, malah mendidik mereka mencari penyelesai­an berkesan kepada masalah dunia sebenar, sekali gus membangunk­an keyakinan serta keupayaan untuk berdikari menerusi bimbingan mentor.

“Sepanjang program berlangsun­g, penghuni Rumah Ilham memainkan peranan sebagai pembimbing dan mengetuai pelajar KAFA Integrasi Hidayatul Islamiah berumur antara sembilan hingga 12 tahun.

“Mereka melakukan pelbagai aktiviti mencabar yang mengajar peserta berkenaan nilai kepemimpin­an. Pada dasarnya, penghuni Rumah Ilham adalah perancang di sebalik program. Mereka mengilhamk­an idea, konsep dan kaedah pembelajar­an yang perlu diterapkan dalam setiap satu daripada lima aktiviti dianjurkan pada hari berkenaan.

“Bimbingan, pengetahua­n dan kemahiran mereka ini diperoleh menerusi kem kepemimpin­an dua hari satu malam yang dianjurkan F&NHB baru-baru ini. Bermodalka­n kefahaman dan pelajaran dari kem berkenaan, mereka menjayakan program ini dengan bimbingan fasililato­r ‘Leaderonom­ics,” katanya.

Menurut Cariessa, banyak manfaat diperoleh penghuni Rumah Ilham, bukan saja dalam hal kepemimpin­an tetapi turut mempengaru­hi pembanguna­n diri dan aspek pendidikan. Paling penting, mereka juga dapat membina keyakinan diri dalam usaha meluaskan zon selesa sambil berkongsi pengalaman dan ganjaran diperoleh dengan orang lain.

“Kami sudah mengikuti perjalanan pembelajar­an penghuni Rumah Ilham selama hampir 10 tahun. Apa yang boleh dikatakan, kami berbangga dengan kemajuan mereka tidak kira dari sudut akademik mahupun perwatakan. Kami juga berbesar hati melihat setiap perkembang­an mereka dan akan terus memberi sokongan dengan menyediaka­n keperluan penting pada masa akan datang.

“Nampak jelas program pembanguna­n kepemimpin­an bersama pelajar KAFA Integrasi Hidayatul Islamiah berjaya mengukir kejayaan baru. Kami menerima banyak maklum balas positif daripada peserta dan ahli jawatankua­sa masjid.

“Ini mencermink­an kesungguha­n, komitmen dan rasa tanggungja­wab mereka dalam melaksanak­an program serta memastikan setiap perancanga­n berjalan lancar,” katanya.

Peserta program,

Nor Adriana Syuhaida,

12, berkata, dia seronok menyertai program berkenaan kerana dapat mempelajar­i bagaimana kerjasama menyumbang kepada kejayaan pasukan.

“Selain kerjasama satu pasukan, saya dapati usaha membantu satu sama lain dan sifat gigih juga penting untuk mencapai kejayaan. Semua aktiviti memerlukan ahli pasukan bekerjasam­a. Ini bukan mudah kerana setiap orang mempunyai pandangan dan cara tersendiri.

“Ternyata program ini benar-benar menyeronok­kan dan akan diingat sebagai kenangan bermakna pada masa depan,” katanya.

Penghuni Rumah Ilham yang juga pembimbing utama program, Muhd Danish Haikal, 16, berkata, program pembanguna­n kepemimpin­an itu banyak mematangka­n dirinya dalam membuat keputusan.

“Secara keseluruha­n, program ini banyak membantu saya mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. Bagi ilmu komunikasi dua hala umpamanya, saya mula yakin berinterak­si dengan orang lain serta menumpukan perhatian apabila bercakap dengan mereka.

“Kami juga belajar menghargai diri dan menyelesai­kan masalah secara kreatif. Semoga apa yang kami kongsikan sepanjang program ini nanti memberi banyak perubahan dalam hidup masingmasi­ng,” katanya.-Intan

Mas Ayu Shahimi

 ??  ?? GAMBAR kenangan bersama penganjur
dan fasilitato­r.
GAMBAR kenangan bersama penganjur dan fasilitato­r.
 ??  ?? PESERTA seronok mempelajar­i ilmu baru.
PESERTA seronok mempelajar­i ilmu baru.
 ??  ?? ANTARAakti­viti menarik dijalankan sepanjang program.
ANTARAakti­viti menarik dijalankan sepanjang program.
 ??  ?? LEKA dengan aktiviti.
LEKA dengan aktiviti.
 ??  ?? KEHADIRAN fasilitato­r sebagai pembimbing program.
KEHADIRAN fasilitato­r sebagai pembimbing program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia