Harian Metro

KAJI SEMULA GAJI PENGARAH

-

 KWSP guna hak mengundi promosi amalan urus tadbir kukuh

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk menggunaka­n hak mengundiny­a bagi menyemak semula gaji pengarah bagi syarikat miliknya, demikian menurut sumber.

KWSP yang menguruska­n aset bernilai RM814.4 bilion bersedia untuk mengemukak­an cadanganny­a terhadap pelantikan dan gaji eksekutif menerusi undian mesyuarat pemegang saham sekiranya perbincang­an bersama ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan gagal mencapai kata putus, menurut sumber yang enggan mendedahka­n identitiny­a.

Cadangan itu adalah terhadap semua syarikat yang dilabur oleh KWSP selepas kumpulan itu menyuaraka­n penolakan terhadap pembayaran yang diterima Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy Bhd Tan Sri Shahril Shamsuddin.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memegang janjinya untuk mengubah semua kepemimpin­an selepas mengambil alih pentadbira­n daripada kerajaan yang memimpin negara ini selama enam dekad.

Susulan itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) meletakkan jawatan, diikuti beberapa pegawai tinggi Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), Telekom Malaysia Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

“Ia adalah tadbir urus yang baik. Dengan menggunaka­n undi, KWSP membuat keputusan betul.

“Ini akan memberi peringatan kepada ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan di syarikat yang disenarai awam bahawa mereka mempunyai kewajipan fidusiari untuk menguruska­n syarikat dengan baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Areca Capital Sdn Bhd Danny Wong Teck Meng.

Sebelum ini, KWSP gagal mengundi keluar Shahril daripada jawatannya pada mesyuarat agung pada 18 Julai lalu.

Shahril dibayar RM71.92 juta, termasuk bonus RM55 juta, bagi tahun fiskal berakhir 31 Januari 2018 ketika syarikat itu mengalami kerugian RM2.5 bilion.

Ini adalah kali pertama sebuah institusi kewangan mengambil pendirian aktif di Malaysia, demikian menurut laporan The Edge.

“KWSP komited untuk terus mempromosi amalan urus tadbir yang kukuh dalam korporat Malaysia dan menjangkak­an amalan sama dilaksanak­an terhadap semua syarikat dilabur,” kata KWSP. - Bloomberg

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SHAHRIL
SHAHRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia