Harian Metro

GADAI NYAWA

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

Bapa selamat anak ditetak perompak di stesen minyak

Seorang bapa sanggup menggadai nyawa mempertaha­nkan anaknya yang ditetak perompak menggunaka­n parang di sebuah stesen minyak di Desa Senadin, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam

6.50 petang itu, Hardi

Mohd Muli, 48, bertindak menyelamat­kan anaknya, Nurul Balqis, 19, dan rakan sekerja anaknya itu, Robis William, 23, yang diserang seorang lelaki di stesen minyak terbabit.

Suspek berusia 57 tahun itu menyerang Nurul Balqis dan Robis yang berkerja di stesen minyak berkenaan sebelum cuba mengambil wang di kaunter pembayaran.

Hardi yang kebetulan di lokasi kejadian cuba menyelamat­kan anak perempuann­ya, Nurul Balqis yang diserang suspek berkenaan.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai ditetak sekurang-kurangnya 17 kali oleh suspek berkenaan, namun lelaki itu berjaya diberkas dengan bantuan orang awam.

Pemangku Ketua

Polis Daerah Miri, Deputi Superinten­dan Aldrin Junaidi Kutoi berkata, kejadian itu menyebabka­n

Nurul Balqis retak tengkorak kepala dan cedera di belakang badan, Robis juga cedera di belakang badan, manakala Hardi turut cedera.

“Sebelum kejadian, suspek berpura-pura mencari barang sebelum mengeluark­an parang lalu menetak kedua-dua suspek berkali-kali.

“Bapa kepada Nurul Balqis yang kebetulan mengisi minyak di stesen minyak itu cedera ketika menyelamat­kan anak perempuann­ya dan cuba menahan suspek,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Aldrin berkata, suspek sempat mengambil sejumlah wang dari kaunter stesen minyak berkenaan dan melarikan diri.

“Bagaimanap­un, suspek berjaya ditahan orang awam kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian dan suspek turut cedera akibat dibelasah orang awam.

“Kedua-dua mangsa wanita kini masih dirawat di Hospital Miri,” katanya.

Beliau berkata, suspek sudah direman semalam untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV
menunjukka­n kedua-dua mangsa ditetak suspek dalam kejadian di stesen minyak di Desa
Senadin.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n kedua-dua mangsa ditetak suspek dalam kejadian di stesen minyak di Desa Senadin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia