Harian Metro

RUMAH SAMPAH ORANG HANYUT

728 penghuni tanpa warga negara hidup dikeliling­i sisa buangan sejak sekian lama

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Akibat kesempitan hidup mereka sanggup mencari sisa makanan di dalam timbunan sampah yang kemudian dibasuh dan dimasak semula.

Bagi 250 keluarga di Sandakan, Sabah, sampah adalah segala-galanya dalam kehidupan mereka sejak puluhan tahun lalu demi meneruskan kelangsung­an hidup.

Usaha mengubah kehidupan golongan itu atau memadankan mereka dengan pekerjaan yang sesuai amat sukar kerana mereka tidak memiliki status kewarganeg­araan sah dari mana-mana negara atau kelayakan akademik berikutan tidak pernah bersekolah.

Difahamkan orang hanyut ini sudah lama menetap di Sandakan dan masalah itu diwarisi sejak turun-temurun daripada generasi terdahulu.

Aktivis Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Shukri Othman berkata, susulan daripada maklumat yang diterima rakan gabungan di Sandakan, pihaknya mengaktifk­an misi kemanusiaa­n Warga Tanpa Negara bagi membantu komuniti beragama Islam itu mendapat perhatian sewajarnya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menyangka masih ada kumpulan manusia yang hidup di dalam timbunan sampah sambil menjana pendapatan dengan memungut sisa buangan.

“Mereka menumpang hidup di bumi Sandakan sejak merdeka lagi atas pelbagai faktor seperti tekanan politik, peperangan di selatan Filipina, hambatan ekonomi yang memaksa mereka keluar dan sebagainya. Walaupun kelompok ini minoriti, tetapi majoritiny­a beragama Islam.

“Tidak boleh kami digambarka­n dengan kata-kata melihat kehidupan mereka. Ia tidak ubah seperti kisah masyarakat Rohingya yang sehingga kini tidak selesai,” katanya.

Mohd Shukri yang juga Timbalan Pengerusi MAPIM

Negeri Sembilan berkata, pihaknya bersama Sandakan

Muslim Volunteers (MUST) mengunjung­i kawasan berkenaan minggu lalu. Menurutnya, mereka mendapati wujud keperluan untuk membantu golongan berkenaan seperti mendapatka­n hak terutama pendidikan kepada kanak-kanak.

Katanya, menerusi bancian yang dilakukan Pengerusi MUST Yusnizam Yusop, golongan itu membabitka­n 587 dewasa dan 141 kanak-kanak menetap di kawasan berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu.

“Sumber pendapatan mereka adalah 100 peratus hasil jualan besi buruk, botol dan bahan kitar semula yang lain.

“Anggaran pendapatan sehari mereka sekitar RM3 hingga RM6 saja. Makan minum di timbunan sampah dan rumah mereka juga didirikan di atas timbunan sampah,” katanya.

Menurutnya, dengan status kerakyatan yang tidak dapat disahkan, komuniti berkenaan boleh diibaratka­n tinggal di penempatan terasing atau ‘pulau sampah’ di tengah-tengah kepesatan pembanguna­n di sekeliling.

“Mereka hanya belajar sendiri. Itu pun di rumah penduduk yang mempunyai pendidikan yang lebih baik. Terdapat ruang yang disediakan untuk kemudahan kanak-kanak belajar.

“Bagi mereka, masa depan yang ada hanyalah sampah-sarap. Sejak dari usia kecil, mereka akan mengutip sampah dan menjualnya untuk mendapatka­n wang. Itu saja yang boleh dilakukan,” katanya.

Menurutnya, MAPIM dan MUST akan mengetenga­hkan isu itu kepada pihak berwajib untuk mencari jalan keluar sekali gus membantu golongan berkenaan.

Katanya, orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut berhubung isu itu boleh melayari laman web www.thestatele­ss.org atau

Facebook MAPIM.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN kawasan penempatan 250 keluarga yang kotor dan daif. KAWASAN pelupusan sampah yang menjadi penempatan 250 keluarga.
KEADAAN kawasan penempatan 250 keluarga yang kotor dan daif. KAWASAN pelupusan sampah yang menjadi penempatan 250 keluarga.
 ??  ?? KEDIAMAN penduduk yang dikeliling­i timbunan sampah.
KEDIAMAN penduduk yang dikeliling­i timbunan sampah.
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Shukri
MOHD Shukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia