Harian Metro

MAK PULANG TINGGAL SEORANG

Wanita pulang kenduri saudara ditemui rentung dalam rumah terbakar

- Balqis Jazimah Zahari news@nstp.com.my

angan risau, mak boleh tinggal seorang sekejap, lagi pun mak nak tengok buah-buahan yang banyak.” Itu antara kata-kata terakhir Rakizah Talib sebelum ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Sauk di sini, tengah malam kelmarin.

Anak sulung mangsa, Nor Shamsiah Mat Razuky, 58, berkata, ibunya yang berusia 77 tahun sebelum ini tinggal bersama adiknya, Muhammad Zalzilah, 55, di Bandar Baru Bangi, tetapi balik ke Kampung Sauk, Jumaat lalu kerana mahu menghadiri kenduri saudara terdekat.

Nor Shamsiah berkata, kebiasaann­ya selepas balik ke kampung dengan Muhammad Zalzilah, ibunya akan ikut balik semula ke Kuala Lumpur sebab mereka empat beradik tidak mahu mangsa tinggal berseorang­an kerana keadaannya kurang sihat, tetapi kali ini dia mahu tinggal lama sedikit di kampung.

Katanya, ibunya ditemani sekejap oleh seorang adiknya kelmarin, sebelum kembali tinggal berseorang­an dengan kali terakhir mangsa menelefonn­ya pada petang kelmarin dan sepatutnya dibawa semula ke ibu negara, Jumaat ini.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, mayat Rakizah ditemui dalam keadaan telentang di bawah runtuhan bumbung di bahagian ruang tamu tingkat bawah rumah kampung berkenaan.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dibantu BBP Lenggong selesai memadamkan

kebakaran jam 3.11 pagi.

Nor Shamsiah berkata, ketika kejadian, kawan baik ibunya yang juga jiran mereka memberitah­u mendengar suara mangsa menjerit memanggil nama jirannya itu tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana api terlalu marak membakar rumah.

“Sebelum ini dia kerap juga bercakap kalau dia meninggal dunia, dia mahu berada di kampung. Dia juga ada bercakap begitu tiga hari lalu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini, semalam.

Arwah dimandikan di unit forensik berkenaan dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Jenalik Hulu, di sini.

Muhammad Zalzilah yang juga anak kedua mangsa pula berkata, dia berasa tidak sedap hati sejak kelmarin dan cuba menghubung­i ibunya itu.

“Selepas kedua-dua belah mata ibu yang menghidap katarak dibedah dan ibu dapat melihat dengan jelas, baru saya benarkan apabila ibu meminta mahu tinggal seorang diri sekejap di kampung.

“Namun apa berlaku ketentuan Ilahi, walaupun sebelum ini ibu berada di depan mata saya setiap hari. Saya tetap reda dengan pemergiann­ya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bomba negeri, Datuk Yahaya Madis ketika dihubungi berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Exco kerajaan negeri, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mewakili Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik hospital berkenaan.

“Kerajaan negeri akan melihat dan memikirkan bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga mangsa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEBAKARAN rumah yang mengorbank­an Rakizah (gambar kecil) di Kampung Sauk. HASNUL (kiri) menziarahi keluarga mangsa yang maut dalam kebakaran di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, semalam.
KEBAKARAN rumah yang mengorbank­an Rakizah (gambar kecil) di Kampung Sauk. HASNUL (kiri) menziarahi keluarga mangsa yang maut dalam kebakaran di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia