Harian Metro

TARIKAN DURIAN BUKIT

 Pemilik dusun tuai hasil lumayan tahun ini

- Nor Raidah Awang news.nstp.com.my

Batu Kurau adalah lokasi tidak asing bagi penggemar durian seluruh negara terutama keunikan kawasan itu yang mempunyai ‘musim durian’ dua kali setahun.

Daripada 22 kampung di Batu Kurau, beberapa kampung menjadi tumpuan seperti Kampung Air Hitam, Kampung Perak, Kampung Anak Kurau, Kampung Batu Sempeneh, Kampung Melayu Batu 16 dan Kampung Jelai yang mempunyai banyak dusun durian dimiliki penduduk.

Pemilik dusun durian di Kampung Air Hitam, Mat Zin Nordin, 73, berkata, dianggarka­n 2,000 biji durian sehari dibawa dari dusunnya yang terletak di kawasan berbukit untuk dijual kepada peraih.

Dia bersama dua anak lelakinya, Mohd Zairi, 33, dan Mohd Zulnaim, 27, membawa sekurang-kurangnya 60 kilogram (kg) durian yang diletakkan dalam dua guni untuk sekali perjalanan bagi membawa keluar buah berkenaan.

“Kebiasaann­ya, saya akan naik dan turun ke kawasan dusun untuk mengutip buah durian sekurang-kurang lapan kali bagi memperoleh 2,000 biji sehari.

“Syukur musim durian kali ini membuahkan hasil. Setiap hari banyak buah gugur dan jika dilihat di atas pokok, banyak buah yang sudah masak cuma menunggu masa jatuh,” katanya yang memiliki dusun durian sejak 40 tahun lalu.

Menurutnya, dusunnya mempunyai kira-kira 80 pokok durian kampung dengan setiap pokok mampu menghasilk­an 200 buah pada satu-satu masa.

“Saya dan kebanyakan pemilik dusun di sini menjual durian kampung secara pukal kepada peraih pada harga RM3 untuk sekilogram.

“Ramai yang menganggap harga itu terlalu murah dan tidak berbaloi dengan usaha serta kudrat kami.

“Bagi kami harga itu sudah cukup untuk memperoleh keuntungan pada setiap kali tiba musim durian di sini. Keuntungan itu juga berbaloi dengan usaha kami sepanjang musim,” katanya.

Bagi peraih durian, Azizan Hamid, 60, dia menerima 20,000kg atau 20 tan metrik durian sehari daripada lima pemilik dusun di sekitar Kampung Air Hitam.

“Saya menjadi peraih sejak 20 tahun lalu. Kebanyakan durian yang dibeli pada harga RM3 sekilogram diasingkan mengikut gred A dan B sebelum dijual kepada pelanggan pada harga RM5 sekilogram,” katanya.

 ??  ??
 ?? Muhammad Nadir ?? PERAIH durian, Hanafi Azizan (belakang) mengambil durian di Kampung Air Itam.
AZIZAN menunjukka­n durian Batu Kurau. Rakyat Gaza yang menyertai GRM meneruskan serangan menerusi belon dan layang-layang berapi di kawasan sempadan”
DURIAN Batu Kurau yang terkenal dengan penghasila­n durian kampung bermutu tinggi.
Muhammad Nadir PERAIH durian, Hanafi Azizan (belakang) mengambil durian di Kampung Air Itam. AZIZAN menunjukka­n durian Batu Kurau. Rakyat Gaza yang menyertai GRM meneruskan serangan menerusi belon dan layang-layang berapi di kawasan sempadan” DURIAN Batu Kurau yang terkenal dengan penghasila­n durian kampung bermutu tinggi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia