Harian Metro

TAUKE JUDI SUDAH PANAS

 Tinjauan semula ke beberapa pusat judi mendapati sudah tidak beroperasi

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Semua pusat judi di pusat bandar raya ini tidak lagi beroperasi. Itu hasil tinjauan semula ke beberapa pusat judi yang berselindu­ng di sebalik pusat hiburan keluarga (PHK) susulan pendedahan dilakukan akhbar ini, semalam.

Tinjauan dilakukan di beberapa premis yang terletak di Lebuhraya Darul Aman, Jalan Sultanah Shahab Perdana, Taman Teratai Jingga Simpang Kuala dan Persiaran Bandar Baru Darul Aman, semalam mendapati semua premis berkenaan ditutup.

Sumber memberitah­u Harian Metro, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah juga membatalka­n serbuan ke premis berkenaan kerana sudah tidak lagi beroperasi.

Penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, premis berkenaan ditutup susulan pendedahan dilakukan Harian Metro.

“Tauke judi sudah panas. Sudah tentu mereka hentikan operasi kerana pendedahan dilakukan. Apa tidaknya mereka risau premis diserbu pihak berkuasa. Bagi saya lebih baik premis itu tutup terus.

“Apa pun saya bimbang mereka (sindiket judi) kembali beroperasi apabila keadaan kembali tenang selepas ini,” katanya ketika ditemui di Aman Sentral, semalam.

Harian Metro difahamkan, selain empat premis terbabit beberapa pusat judi lain yang sudah dikenal pasti seperti di bangunan kedai berhampira­n Flat Gemilang, Taman Wira dan Kampung Raden di Mergong serta kawasan kampung di Kebun 500, Jalan Langgar juga sudah tidak beroperasi.

Semalam, Harian Metro melaporkan, puluhan pusat judi yang terletak di pusat bandar raya ini beroperasi secara terbuka dengan menawarkan hadiah kemenangan sehingga RM300,000.

Pendedahan oleh Skuad Khas Harian Metro itu adalah susulan aduan orang awam mengenai kewujudan premis berkenaan yang menawarkan wang pertaruhan.

Penjaga premis juga membenarka­n sesiapa saja termasuk orang tidak dikenali memasuki pusat perjudian untuk bertaruh.

Berbeza dengan pusat perjudian di Lembah Klang, penjaga premis memberikan akses kepada ahli ataupun kaki judi dikenali mereka saja.

Hasil pemerhatia­n di premis pertama yang terletak di Jalan Sultanah Shahab Perdana itu mendapati pusat judi berkenaan dilengkapi sekurang-kurangnya lima kamera litar tertutup (CCTV) selain mempunyai lebih 20 mesin simulator.

Premis yang berselindu­ng di sebalik lesen PHK itu dipenuhi kaki judi berusia lingkungan 20 hingga lewat 50-an.

Tidak kurang juga ada dalam kalangan ibu bapa yang membawa bersama anak masing-masing ketika mengunjung­i premis berkenaan untuk bertaruh.

Malah bagi menarik perhatian kaki judi, sindiket membenarka­n mereka berhutang jika tidak mempunyai wang akibat sudah kalah dalam pertaruhan.

Perkara itu disaksikan sendiri wartawan apabila seorang kaki judi yang kalah dalam permainan mesin slot meminta kebenaran untuk berhutang daripada penjaga premis.

Difahamkan, lelaki itu sudah ‘melabur’ lebih RM500 dan semua wangnya ‘ditelan’ mesin slot yang menganjurk­an pelbagai permainan dengan yang paling terkenal adalah mesin slot ‘ikan’.

 ??  ??
 ??  ?? TINJAUAN di bangunan rumah kedai Kampung Raden.
TINJAUAN di bangunan rumah kedai Kampung Raden.
 ??  ?? ANTARA premis judi yang ditutup.
ANTARA premis judi yang ditutup.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia