Harian Metro

KOLONG ‘BEBAS CUKAI’

> Walaupun pelbagai pendekatan sudah diambil oleh pihak berkuasa termasuk membina tembok batu dan pagar berduri bagi membendung penyeludup­an di kawasan sempadan, namun sindiket bertindak lebih licik menggunaka­n kolong rahsia bagi melepasi pusat pemeriksaa

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

 introtext

 Skuad Metro dedah laluan kolong diguna sindiket pemerdagan­gan

Keadaan sekitar perumahan penduduk Ladang Rakyat Laka Temin dan Kelab Golf Black Forest di sempadan Malaysia/Thailand agak lengang dan tiada pergerakan mencurigak­an walaupun kawasan itu memang terkenal sebagai laluan utama memasuki negara ini secara haram selepas melepasi pintu pagar sempadan.

Namun, sebenarnya di sebalik tembok pagar batu setinggi dua meter dan pagar kawat setinggi tiga meter yang memagari kawasan berkenaan ada satu laluan rahsia yang digunakan sindiket pemerdagan­gan manusia dan penyeludup iaitu satu ‘kolong’ khas sepanjang hampir 20 meter yang menghubung­kan kedua-dua kawasan.

Kolong itu adalah binaan longkang lebihan air banjir yang mengalir dari tasik di kelab golf berkenaan jika berlaku hujan lebat luar biasa dan sekitar kawasan berkenaan adalah berpagar serta orang ramai tidak boleh memasuki kawasan berkenaan pada bila-bila masa kerana selain berpagar ia juga bertembok batu.

Hanya kolong itu ‘jalan’ keluar dari kawasan berkenaan.

Untuk melepasi tasik berkenaan, sindiket menggunaka­n beberapa tong plastik kosong yang besar sebagai rakit.

Migran dan semua barangan yang diseludup akan dibawa menggunaka­n rakit itu sebelum melalui kolong berkenaan.

Sindiket penyeludup­an menggunaka­n kolong itu berikutan kawalan dan pemeriksaa­n ketat agensi penguatkua­saan antaranya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang terletak berhampira­n.

Skuad Khas Harian Metro yang meninjau kewujudan kolong itu turut masuk bagi merasai bagaimana kegiatan penyeludup­an dijalankan.

Dalam kolong berkenaan terdapat air mengalir separas buku lali tetapi jika hujan lebat, kolong tidak boleh dimasuki kerana dipenuhi air.

Ketika menghampir­i pintu keluar, wartawan menemui satu tangga aluminium sepanjang tiga meter yang dipercayai sengaja diletakkan bagi memudahkan penyeludup keluar di kawasan terbuka kolong berkenaan.

Menurut sumber perisikan pihak berkuasa, kolong itu dipercayai mula digunakan sindiket penyeludup­an sejak

setahun lalu.

“Dengan melalui kolong berkenaan, sindiket penyeludup­an tidak perlu melepasi CIQ Malaysia. Mereka hanya perlu melepasi CIQ Sadao di sempadan sebelum memasuki kawasan Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam dan terus ke kelab golf berkenaan.

Dari situ, mereka akan keluar menggunaka­n kolong ke jalan utama bagi meneruskan perjalanan ke negara ini.

“Biasanya kegiatan penyeludup­an itu didalangi penyeludup dan bukan dilakukan sendirian kerana orang perseorang­an tidak akan tahu mengenai kewujudan kolong berkenaan,” katanya.

Mendedahka­n lanjut, sumber berkata, penduduk kampung Ladang Rakyat Laka Temin itu tahu mengenai kegiatan penyeludup­an di kawasan berkenaan terutama pada waktu malam kerana kegiatan terbabit sudah berlaku puluhan tahun lalu sebaik CIQ Bukit Kayu Hitam beroperasi sebagai pintu masuk utama selain Padang Besar di Perlis.

Malah, ada kalangan penduduk yang menjadi tonto kepada penyeludup dengan bayaran tertentu.

Katanya, terdapat tiga kolong digunakan penyeludup iaitu yang pertama pada kedudukan di bawah jalan utama di kawasan kampung Ladang Rakyat Laka Temin sepanjang 20 kaki atau enam meter.

“Kolong kedua terletak bersebelah­an kolong pertama sepanjang 25 kaki atau 7.6 meter. Kolong kedua ini sering digunakan untuk mengumpul migran atau barangan sementara dipindahka­n ke rumah penduduk berhampira­n.

“Kolong ketiga pula sepanjang enam meter yang menghubung­kan laluan kolong pertama. Selain ketiga-tiga kolong itu, ada satu tali air sepanjang 100 meter yang bersambung dengan kolong berkenaan yang terus menghubung­kan laluan itu dengan rumah penduduk.

“Tali air ini turut digunakan sindiket untuk menyeludup barangan haram dan migran. Pergerakan bawah tanah ini dengan jelas dipercayai bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Sumber berkata, dadah, arak, rokok, mercun dan migran dilaporkan diseludup di kawasan itu terus ke rumah tertentu milik penduduk yang mempunyai rangkaian dengan sindiket. Dari situ, sindiket akan membawa barangan diseludup dan migran ke destinasi ditetapkan.

Menurutnya, sindiket sering mempergiat­kan operasi penyeludup­an mereka pada hari Jumaat ketika solat Jumaat berlangsun­g.

“Sindiket menggunaka­n kesempatan itu untuk menyeludup kerana mereka percaya penguatkua­saan di Malaysia agak longgar ketika solat Jumaat. Pada hari lain pula, sindiket sering beroperasi awal pagi antara jam 2 pagi hingga 6.30 pagi,” katanya.

 ??  ?? 3
3. Keadaan di dalam kolong yang berair hingga ke paras betis.
3 3. Keadaan di dalam kolong yang berair hingga ke paras betis.
 ??  ?? 1. Laluan rahsia yang digunakan sindiket pemerdagan­gan manusia dan penyeludup­an iaitu satu kolong khas sepanjang hampir 20 meter yang menghubung­kan kedua-dua kawasan.
1
1. Laluan rahsia yang digunakan sindiket pemerdagan­gan manusia dan penyeludup­an iaitu satu kolong khas sepanjang hampir 20 meter yang menghubung­kan kedua-dua kawasan. 1
 ??  ?? 2
2. Sindiket menggunaka­n beberapa tong plastik besar sebagai rakit.
2 2. Sindiket menggunaka­n beberapa tong plastik besar sebagai rakit.
 ??  ?? LALUAN masuk yang digunakan sindiket. SINDIKET guna tong plastik kosong sebagai rakit. Migran dan semua barangan yang diseludup akan dibawa menggunaka­n rakit itu sebelum melalui kolong berkenaan. TALI air dilindungi tembok tinggi dan pokok menyukarka­n...
LALUAN masuk yang digunakan sindiket. SINDIKET guna tong plastik kosong sebagai rakit. Migran dan semua barangan yang diseludup akan dibawa menggunaka­n rakit itu sebelum melalui kolong berkenaan. TALI air dilindungi tembok tinggi dan pokok menyukarka­n...
 ??  ?? LALUAN keluar kolong. Wartawan turut menemui sebuah tangga untuk penyeludup.
LALUAN keluar kolong turut dilindungi semak-samun.
LALUAN keluar kolong. Wartawan turut menemui sebuah tangga untuk penyeludup. LALUAN keluar kolong turut dilindungi semak-samun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia