Harian Metro

‘Saya tak salahkan pengasuh’

-

Bachok: “Saya tidak salahkan mereka (pengasuh),” kata Zainal Abidin Deraman, 34, bapa kepada bayi berusia empat bulan yang meninggal dunia dipercayai tersedak susu di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Bukit Baru, Melaka kelmarin.

Difahamkan, kejadian itu disedari guru Taska terbabit jam 11.45 pagi selepas mendapati muka Yusuf Al Baihaqi bertukar menjadi kebiruan.

Pemeriksaa­n di Hospital Melaka mengesahka­n anak bongsu daripada dua beradik itu meninggal dunia.

Zainal berkata, dia dan isterinya Roslina Ismail, 34, dimaklumka­n doktor punca kematian anaknya berkemungk­inan disebabkan jangkitan kuman di paru-paru.

Bagaimanap­un, katanya, mereka masih menunggu laporan makmal untuk mengesahka­n perkara itu.

“Selepas proses bedah siasat selesai jam 1 pagi, doktor maklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kesan dera.

“Saya pun belum berfikir sebarang tindakan lanjut dan saya tidak salahkan pengasuh,” katanya ketika ditemui selepas urusan pengebumia­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Bakat di sini, semalam.

Terdahulu, suasana pilu menyelubun­gi urusan pengebumia­n jenazah yang bermula jam 9 pagi.

Menurutnya, dua anaknya termasuk anak perempuan, Amni Batrisyah berusia lapan tahun turut ditempatka­n di Taska terbabit sejak enam hari lalu selepas tamat sesi persekolah­an.

 ??  ?? ZAINAL menyiram air di pusara Yusof selepas dikebumika­n, semalam.
ZAINAL menyiram air di pusara Yusof selepas dikebumika­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia