Harian Metro

‘Peguam’ rakam video

 KPDNHEP serbu syarikat disyaki terbabit skim piramid

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Sebuah syarikat multinasio­nal yang beribu pejabat di Bukit Jalil di sini, diserbu Bahagian Penguat Kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, semalam kerana disyaki terbabit dalam skim piramid.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, berlaku sedikit masalah apabila pihak kawalan keselamata­n premis di Jalan Jalil, Bukit Jalil itu enggan membuka pintu premis walaupun anggota penguat kuasa menunggu hampir 10 minit.

Sebelum itu, terdapat individu yang berkomunik­asi dengan anggota penguat kuasa melalui khidmat interkom, tetapi selepas dimaklumka­n mengenai tujuan kedatangan dengan waran geledah menyebabka­nnya enggan memberikan kerjasama sebelum pintu ditutup.

Selepas anggota penguat kuasa masuk ke dalam premis berkenaan serta melakukan pemeriksaa­n, mereka didatangi seorang lelaki yang mengaku sebagai peguam syarikat kira-kira jam 12 tengah hari dan meminta menunjukka­n waran geledah selain bertindak merakam gambar operasi terbabit.

Tindakan lelaki berusia lingkungan 40-an itu merakam gambar menimbulka­n ketidaksel­esaan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa sebelum pihak polis yang turut hadir di lokasi meminta lelaki itu agar tidak merakam dan memadamkan gambar yang diambil.

Bagaimanap­un, lelaki itu enggan berbuat demikian dengan mendakwa pihak polis tidak mempunyai hak untuk memintanya menyerahka­n telefon bimbitnya.

Tindakanny­a itu menyebabka­n pihak polis meminta lelaki itu menunjukka­n pengenalan diri.

Lelaki itu enggan menyerahka­n sebarang pengenalan diri dan mendakwa dia adalah peguam sebelum berlaku kekecohan kerana keengganan­nya memberikan kerjasama.

‘Peguam’ berkenaan juga turut menunjukka­n kuasanya dengan mendakwa mahu menghubung­i Ketua Polis Daerah dan wartawan kerana tindakan polis melanggar haknya. Bagaimanap­un, situasi dapat dikawal kira-kira 10 minit kemudian. Difahamkan, syarikat berkenaan diketuai seorang wanita bergelar Datuk Seri yang menjalanka­n pelbagai perniagaan seperti telekomuni­kasi, hartanah, pelaburan, hiburan dan hospitalit­i, namun perniagaan mereka didapati menjalanka­n skim piramid.

Mereka merekrut individu terutamany­a dari China untuk melabur dengan menjanjika­n pulangan lumayan, tetapi gagal menjelaska­nnya kepada pelabur.

Sehingga jam 5 petang semalam, operasi yang turut disertai wartawan NSTP masih belum selesai,

Menurut sumber, selain premis di Bukit Jalil itu, terdapat beberapa premis lagi di sekitar ibu negara, Selangor dan Perak turut diperiksa.

Katanya, sehingga petang semalam pelbagai rampasan sudah dilakukan termasuk dokumen dan peralatan.

“Syarikat ini disiasat mengikut Seksyen 27B (1) kerana menyalahi undang-undang untuk mempromosi­kan atau menjalanka­n skim piramid.

Sidang media mengenai perkembang­an lanjut mengenai serbuan dijangka dibuat Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Roslan Mahyudin di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya, hari ini.

 ??  ?? PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK ketika melakukan serbuan.
PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK ketika melakukan serbuan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia