Harian Metro

Tauke barang cetak rompak dari Dhaka

-

Kuala Lumpur: Berhijrah sejauh lebih 3,800 kilometer dari Dhaka, Bangladesh, ke ibu kota dengan matlamat menjalanka­n perniagaan sebagai ‘tauke’ barangan cetak rompak.

Itu antara aktiviti ratusan peniaga warga asing ‘Mat Bangla desh’ yang semakin mendominas­i kegiatan membekalka­n pakaian, kasut dan beg jenama terkemuka cetak rompak.

Walaupun berulang kali diserbu dan diambil tindakan dua pihak Jabatan Imigresen dan penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP), usaha itu seolah-olah gagal membendung kegiatan itu.

Terbaru, pihak KPDNHEP Kuala Lumpur melakukan serbuan bagi menangani isu penjualan produk tiruan oleh peniaga warga asing di segi tiga emas.

Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari kelmarin itu, pihak KPDNHEP menyerbu premis perniagaan sekitar Kompleks Kenanga, Wholesale City di sini, bersama

wakil cap dagang sah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP, Low Swee Hon berkata, ketika serbuan kebanyakan peniaga warga asing itu melarikan diri dengan meninggalk­an barang jualan dalam premis.

“Kami percaya mereka menggunaka­n khidmat tonto bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa seperti dilakukan sebelum ini.

“Hasil pemeriksaa­n, pihak kami merampas 31 unit beg galas, 20 kemeja-T dan 43 pasang kasut jenama Channel cetak rompak bernilai lebih RM3,000 di beberapa premis diserbu,” katanya.

Tindakan sama turut diambil terhadap peniaga warga asing yang dikesan berniaga di Plaza GM dan Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini, jam 11 pagi kelmarin.

Difahamkan, serbuan dilakukan di lokasi yang menjadi pusat pemborong yang dalam kalangan warga asing membekalka­n produk cetak rompak kepada peniaga tempatan.

 ??  ?? PEGAWAI penguat kuasa menggeleda­h barangan cetak rompak dalam operasi di Jalan Pudu dan Chow Kit.
PEGAWAI penguat kuasa menggeleda­h barangan cetak rompak dalam operasi di Jalan Pudu dan Chow Kit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia