Harian Metro

Mayat lelaki ditemui terbaring di tepi jalan

-

Kajang: Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di kepala dan badan di tepi Jalan Kuala Kelawang sebelum simpang ke Batu 14, Hulu Langat di sini, pagi semalam.

Mayat lelaki berusia 20-an itu ditemui orang awam dalam keadaan terbaring jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, ketika ditemui didapati lelaki itu berlumuran darah.

“Pemeriksaa­n lanjut terhadap mayatnya mendapati ada beberapa kesan tetakan pada badan dan kepala lelaki yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur itu.

“Semakan mendapati lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitka­n kes curi dalam bangunan,” katanya, semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, tiada senjata ditemui di lokasi kejadian terbabit.

“Kami turut menemui motosikal yang terletak berhampira­n mayat mangsa dipercayai milik lelaki berkenaan.

“Siasatan lanjut dijalankan termasuk mengenal pasti suspek dan motif kejadian.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Berkaitan status tular di media sosial yang mengaitkan gambar kejadian dengan curi organ adalah berita palsu, sebaliknya ia kes bunuh,” katanya.

Semakan mendapati lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitka­n kes curi dalam bangunan”

Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia