Harian Metro

Rugi RM2,000 pemain audio hilang

-

Kuala Lumpur: “Saya kerugian RM2,000 kerana terpaksa membeli pemain audio baru kereta yang hilang selepas terbabit kemalangan tahun lalu.

“Ketika kejadian, ia masih berfungsi dengan baik, malah ketika ditunda, ia masih berada dalam kereta saya.

“Bila ditanya kepada bengkel, mereka jawab tidak tahu mengenainy­a dan saya pula tidak dapat berhubung dengan callman yang membawa kereta saya ke bengkel itu,” kata lelaki yang mahu dikenali sebagai Safwan.

Dalam kejadian pada November lalu, dia mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan bercuti bersama keluarga di Gombak menyebabka­n bahagian depan keretanya remuk.

Dia kemudian didatangi seorang lelaki memperkena­lkan diri sebagai wakil penunda kereta yang ingin membantu mengalihka­n keretanya untuk dibawa ke bengkel.

Katanya, memandangk­an keadaan di situ sesak, dia bersetuju menggunaka­n khidmat lelaki terbabit yang mendakwa mempunyai rangkaian trak tunda dan bengkel untuk membawa keretanya ke bengkel berhampira­n.

“Ketika itu saya masih panik dengan kejadian, tambahan pula ada ahli keluarga bersama. Saya diberikan nombor telefon dan kemudian kereta saya dibawa pergi oleh trak tunda dari kawasan kemalangan.

“Keesokanny­a saya cuba menghubung­i nombor yang diberikan, malangnya tiada jawapan menyebabka­n saya mula susah hati.

“Sehinggala­h pihak bengkel menelefon saya memaklumka­n kereta saya ada di sebuah bengkel di Kajang.

“Saya tanya kenapa bawa kereta saya ke Kajang sedangkan saya tinggal di Sentul namun pihak bengkel enggan menjawab sebaliknya mengarahka­n saya ke sana untuk urusan seterusnya,” katanya.

Safwan berkata, sebaik tiba di bengkel, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati pemain audio miliknya hilang menyebabka­n dia bertanya kepada pekerja di bengkel namun jawapan diterima begitu menghampak­an.

“Mereka jawab tidak tahu dan tidak mengambil apa-apa barangan dalam kereta saya. Berkali-kali saya cuba hubungi nombor diberi wakil penunda itu, tetapi gagal,” katanya.

 ??  ?? MANGSA penipuan singgalan membuat aduan kepada Ewan dan sekretaria­t PERCAMAS.
MANGSA penipuan singgalan membuat aduan kepada Ewan dan sekretaria­t PERCAMAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia