Harian Metro

Lebih baik beringat sebelum kena

- Faris Fuad cnews@nstp.com.my

 Polis mahu orang ramai berhenti lakukan ‘Keke Challenge’ di jalan raya

Polis menasihatk­an warga tempatan termasuk anak muda untuk berhenti melakukan tarian ‘Keke Challenge’ di jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, konsep ‘beringat sebelum terkena’ perlu diterapkan dalam diri masing-masing bagi memastikan aksi individu terbabit tidak menyebabka­n kemudarata­n seterusnya mengakibat­kan kemalangan atau kecederaan.

“Setakat ini, kita masih tidak menerima sebarang aduan selain laporan kemalangan membabitka­n aktiviti itu di sekitar ibu negara.

“Namun, polis mahu ingatkan orang ramai untuk berhenti melakukan tarian itu di jalan raya kerana dikhuatiri boleh menyebabka­n kecederaan dan kemalangan,” katanya pada Harian Metro, semalam.

‘Keke Challenge’ memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak seterusnya menari mengikut alunan lagu, In My Feelings yang dinyanyika­n Drake.

Tarian itu dicetuskan pelawak, Shiggy hingga menjadi ikutan apabila rakaman video yang dimuat naiknya meraih lebih lima juta tontonan dalam tempoh singkat.

Ia terus meledak selepas selebriti seperti Will Smith dan Ciara turut meniru aksinya.

Kegilaan baru yang tular di media sosial itu bukan hanya popular di luar negara, malah ramai artis tempatan turut menunjukka­n aksi mereka dalam pelbagai gaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia