Harian Metro

Saring awal

- Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my

 Pemeriksaa­n di pintu masuk taska, sekolah bendung HFMD

Saringan di pintu masuk taska, tadika, prasekolah dan sekolah rendah tahap satu iaitu tahun satu hingga tiga akan dilaksanak­an bagi memastikan hanya kanak-kanak tiada tanda jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dibenarkan masuk ke kelas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara berkenaan antara yang dipersetuj­ui dalam mesyuarat diadakan pada 19 Julai lalu bersama Kementeria­n Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

“Pegawai dari agensi berkenaan juga bersetuju setiap alatan mainan kanak-kanak dan keperluan perlu disinfeksi (sucihama) secara harian setiap kali sesi persekolah­an tamat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, kanak-kanak dan pelajar perlu diajar cara membasuh tangan yang betul, membuang sampah di tong sampah disediakan serta mencuci tangan selepas ke tandas, sebelum dan selepas makan.

Dr Noor Hisham berkata, mesyuarat sama turut membincang­kan kebersihan taman permainan di pasar raya dan kompleks beli-belah.

Selain itu, katanya, cadangan menyediaka­n cecair pencuci tangan di tempat berkenaan perlu diteliti dan dibincangk­an lanjut.

“Mesyuarat berpendapa­t pentingnya tanggungja­wab sosial korporat dalam melaksanak­an inisiatif ini sekali gus membantu melaksanak­an langkah pencegahan dan kawalan penyakit HFMD,” katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan turut memberi cuti kuarantin kepada kakitangan kerajaan sekiranya anak atau jagaannya menghidap enam jenis penyakit termasuk HFMD.

“Ia bagi memudahkan ibu atau bapa menguruska­n anak khususnya apabila dimasukkan ke wad atau apabila pusat jagaan anak diarahkan tutup oleh pihak berkuasa.

“Pada masa sama, wakil Persekutua­n Majikan-Majikan Malaysia yang turut serta dalam mesyuarat itu akan meneliti perkara berkenaan (cuti kuarantin) sekiranya mahu langkah sama diambil oleh sektor swasta,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 35,886 kumulatif kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di seluruh negara bermula 1 Januari hingga 23 Julai lalu.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan negeri menunjukka­n peningkata­n kes pada tahun ini berbanding tahun lalu kecuali Sarawak.

“Jumlah premis ditutup di seluruh negara kini adalah 469 buah iaitu 217 taska, 223 tadika atau prasekolah, beberapa kelas dari 27 sekolah, sebuah sekolah di Pulau Pinang dan sebuah sekolah di Pahang,” katanya.

Pada minggu ke-29 iaitu 15 hingga 21 Julai lalu, sebanyak 3,852 kes HFMD dilaporkan berbanding 2,346 kes pada minggu ke-28 iaitu 8 hingga 14 Julai lalu.

Dr Noor Hisham berkata, berdasarka­n angka bagi kedua-dua minggu itu, berlaku peningkata­n sebanyak 1,506 kes HFMD atau bersamaan 64.2 peratus.

“Pada 23 Julai iaitu hari kedua minggu ke-30, sebanyak 564 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara,” katanya.

 ??  ?? KANAK-kanak perlu diajar cara membasuh tangan dengan betul.
KANAK-kanak perlu diajar cara membasuh tangan dengan betul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia