Harian Metro

Empat taska ditutup sejak minggu lalu

-

Melaka: Empat taska dan tadika diarah tutup sejak tiga minggu lalu susulan peningkata­n kes jangkitan penyakit tangan, kuku, kaki dan mulut (HMFD) di negeri ini.

Pusat pendidikan kanak-kanak yang ditutup itu membabitka­n satu di Melaka Tengah dan tiga di Alor Gajah.

Exco Kesihatan negeri Low Chee Leong berkata, pusat pendidikan di Melaka Tengah ditutup bermula 3 Julai lalu selepas dua kes HMFD dikesan.

“Di Alor Gajah pula, satu pusat ditutup pada 5 Julai kerana ada tiga kes manakala dua lagi pusat ditutup masing-masing pada 16 dan 17 Julai kerana mempunyai tiga dan empat kes,” katanya ditemui di pejabatnya di Seri Negeri Ayer Keroh di sini, semalam.

Low berkata, semua taska dan tadika itu ditutup 10 hari dan ada di antaranya sudah kembali beroperasi.

“Setakat ini, tiada kematian direkodkan akibat jangkitan virus ini di Melaka namun kita tetap berjaga-jaga kerana jumlah kes sejak 1 Januari hingga 21 Julai lalu menunjukka­n peningkata­n 54.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Bagi tempoh itu juga, 1,280 kes HFMD dilaporkan termasuk sembilan taska dan tadika diarah tutup.

“Daerah Melaka Tengah mencatatka­n jumlah tertinggi iaitu 583 kes diikuti Alor Gajah (454) dan Jasin (243),” katanya.

Dalam pada itu, Low turut memberi amaran kepada pusat perubatan supaya tidak menyembuny­ikan kes daripada Pejabat Kesihatan Daerah atas faktor memudahkan kawalan.

“Pusat perubatan atau klinik wajib melaporkan kes HFMD ini dan bagi mereka yang menyembuny­ikannya, boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

 ??  ?? LOW
LOW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia