Harian Metro

Kaunter khidmat pelanggan proaktif

-

 TH perkenal 17 kategori kod berbeza bantu masalah jemaah haji

Makkah

Menerima dan menyelesai­kan aduan jemaah haji menjadi keutamaan pihak pengurusan 12 maktab Tabung Haji (TH) di sini dengan mengkatego­rikan aduan kepada 17 kod berbeza.

Pengarah Operasi Makkah Datuk Ahmad Sohaimi Abd Rahim berkata, jemaah haji boleh membuat apa saja aduan di kaunter khidmat pelanggan yang disediakan di setiap maktab.

“Kami ada 17 kod aduan dan setiap aduan yang diterima diletakkan di bawah kod yang kami kenal pasti itu,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di hotel Abraj Al-Janadriyah yang menjadi pusat operasi TH di sini.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesai­kan setiap aduan yang diterima dan tempoh penyelesai­an bergantung kepada jenis aduan atau masalah itu.

“Jika ia masalah kecil, kami akan selesaikan segera. Kalau masalah sederhana seperti masalah bilik penginapan, pendingin hawa atau makanan, ia akan diselesaik­an dalam masa tiga hari.

“Kalau ia perkara besar dan jarang berlaku, kami akan menelitiny­a sebelum mencari cara terbaik untuk menyelesai­kannya,” katanya.

Ahmad Sohaimi berkata, pihaknya membahagik­an pengurusan 12 maktab yang menempatka­n jemaah haji itu kepada empat zon dan jarak maktab dari Masjidilha­ram adalah antara 650 hingga 950 meter.

Menurutnya, jemaah diminta mengenal pasti maktab masing-masing dan setiap maktab memiliki warna lanyard atau tali kad pengenalan diri yang berbeza untuk memudahkan jemaah serta pihak pengurusan mengenali lokasi penginapan mereka. Beliau juga meminta setiap jemaah haji Malaysia menjaga kad pengenalan diri dan rantai tangan yang dibekalkan kepada mereka.

“Dua dokumen itu harus dijaga dan dibawa ke mana-mana saja oleh jemaah sepanjang mereka mengerjaka­n haji kerana ia pengganti kepada pasport mereka,” katanya.

Ahmad Sohaimi berkata, pada kedua-dua barangan itu ada butiran peribadi jemaah yang membolehka­n pihak berkuasa tempatan atau orang luar memberi bantuan sekiranya jemaah ditimpa masalah.

“Sekiranya kad pengenalan diri atau rantai tangan itu hilang, Ahmad Sohaimi berkata, jemaah harus segera melaporkan kepada kaunter perkhidmat­an pelanggan untuk diganti dengan serta-merta.

“Setiap laporan kehilangan akan direkodkan di dalam sistem kita untuk melihat trend bagi punca kehilangan dokumen-dokumen itu, adakah disebabkan oleh kecuaian jemaah atau kualiti barangan itu untuk tujuan penambahba­ikan,” katanya.

 ?? Ahmad Sohaimi ?? Kalau ia perkara besar dan jarang berlaku, kami akan menelitiny­a sebelum mencari cara terbaik untuk menyelesai­kannya”
Ahmad Sohaimi Kalau ia perkara besar dan jarang berlaku, kami akan menelitiny­a sebelum mencari cara terbaik untuk menyelesai­kannya”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia