Harian Metro

Khairy persoal peranan MPK

-

Kuala Lumpur: Suasana di Dewan Rakyat semalam sedikit hangat apabila wakil rakyat pembangkan­g mempersoal­kan punca kuasa Majlis Penasihat Kerajaan (MPK).

Pada sesi soal jawab, Khairy Jamaluddin (BNUMNO Rembau) membangkit­kan fungsi MPK yang dilihat bukan saja memberi nasihat, tetapi memberi arahan dan menjadi perunding kepada kerajaan.

“Apakah punca kuasa MPK, memandangk­an mereka bukan hanya memberi nasihat, tetapi memanggil Ketua Hakim Negara Tun Raus Shariff dan mengarahka­n beliau meletakkan jawatan.

“Itu bukan nasihat, tetapi arahan dan sekarang seorang ahli MPK pergi ke China untuk mewakili negara dalam satu rundingan, adakah ini dinamakan memberi nasihat,” soalnya yang mendapat sokongan ahli Parlimen pembangkan­g lain.

Menjawab soalan Khairy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, penubuhan MPK satu perkara biasa yang juga pernah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Kerajaan BN banyak melantik badan penasihat termasuk penasihat untuk syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB),” katanya.

Isu siasatan berkaitan 1 Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghangat­kan sesi perbahasan Persidanga­n Dewan Rakyat di sini, semalam.

Isu 1MDB dibangkitk­an RSN Rayer (PH-Jelutong) dalam perbahasan­nya yang antara lain mengaitkan wang dirampas di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah punca peruntukan pembanguna­n untuk Jelutong tidak dapat dilaksanak­an.

Beliau turut mengaitkan wang yang dirampas itu sebagai wang rakyat yang diseleweng­kan.

Dakwaan Rayer itu menyebabka­n beberapa pembangkan­g

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia