Harian Metro

PAS main tarik tali

-

Kuala Lumpur: Penganalis­is politik mendakwa keputusan PAS ‘bermain tarik tali’ untuk bekerjasam­a dengan UMNO sebagai blok pembangkan­g di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis sudah dijangka.

Pakar geostrateg­is Azmi Hassan berkata, tidak memeranjat­kan apabila PAS terus ‘bermain politik’ dengan menyatakan hasrat untuk tidak membantu kempen Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, tindakan PAS memberi laluan mudah kepada BN kerana berpandang­an BN tidak mempunyai peluang untuk menewaskan calon PKR berikutan Sungai Kandis antara kubu kuat PKR.

“Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Sungai Kandis pun terlalu memihak kepada PKR.

“Tambahan pula kerajaan Selangor dan Persekutua­n dikuasai PH, maka sebab itu juga PAS berpendapa­t sangat tipis untuk mengurangk­an majoriti PKR,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Azmi mendakwa lebih mudah untuk PAS mengambil pendirian ‘berkecuali’ jika BN tewas dalam PRK pada 4 Ogos depan.

“Selepas keputusan PRK nanti PAS boleh mendakwa keputusan pengundi tidak terkait dengan PAS.

“Iaitu jika calon PKR memperoleh­i undi majoriti lebih besar berbanding PRU14 maka PAS boleh mendakwa isyarat dari pengundi tiada kena mengena dengan kemerosota­n parti mereka,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata bahawa jentera PAS berpendiri­an untuk tidak membantu UMNO pada kempen PRK Sungai Kandis.

 ??  ?? AZMI
AZMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia