Harian Metro

Berpada layan telefon pintar

- Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, UKM Dr Aminudin Mansor

Kehidupan masa kini banyak bergantung kepada telefon pintar. Kalau tiada telefon, dunia dirasakan tidak hidup, seakan-akan mati dan tidak bererti. Telefon pintar sentiasa berada di tangan. Semasa tidurpun telefon pintar diletakkan di sebelah atau di sisi. Telefon pintar sentiasa ada di poket atau sentiasa dipegang di tangan ke mana saja.

Kini, menurut kajian Chris Woodford, penulis buku Teknologi Digital, terdapat lebih daripada 1,300 juta pelbagai telefon pintar di seluruh dunia. Telefon ini menggunaka­n teknologi digital untuk menghantar dan menerima pesanan teks, data, gambar foto, video dan juga siaran televisyen serta perbualan suara dan pelbagai kemudahan lain.

Ada kalangan yang menganggap telefon pintar sebagai nyawa kedua. Ke mana-mana telefon pintar mesti dibawa. Semua peringkat umur daripada muda hingga dewasa menggunaka­n telefon pintar dalam setiap kegiatan kehidupan seharian mereka. Tetapi kemajuan kehidupan bukan sepenuhnya bergantung kepada penggunaan telefon pintar.

Jika penggunaan­nya ke arah meningkatk­an ilmu pengetahua­n dan kemahiran serta memudahkan pekerjaan, ia akan menjurus kepada kemajuan yang pesat dalam kehidupan, tetapi jika ia digunakan untuk perkara tidak berfaedah seperti memfitnah, menyebarka­n berita tidak sahih dan menonton video tidak berfaedah, ia tidak akan menyumbang kepada kemajuan.

Malaysia antara negara mencatatka­n jumlah penduduk memiliki telefon pintar tertinggi dengan menduduki tempat ke-10 di dunia. Berdasarka­n kaji selidik firma Pew Research Center, Malaysia antara negara tertinggi pemilikan gajet dengan mencatatka­n kadar penembusan mencapai 65 peratus.

Kajian sama menunjukka­n Korea Selatan menduduki tangga pertama dengan kadar 88 peratus, diikuti Australia (77 peratus), Israel (74 peratus), Amerika Syarikat (72 peratus), Sepanyol di kedudukan kelima dengan 71 peratus.

Sementara itu, pada kedudukan ketujuh adalah Britain (68 peratus) diikuti Kanada (67 peratus), Chile (65 peratus) dan di tempat ke-10 adalah Malaysia, kata sumber berkenaan.

Dunia sekarang adalah dunia telefon pintar. Kajian eMarketer.newzoo.com menunjukka­n 2.5 bilion pengguna telefon pintar di dunia. Jumlah jualan telefon pintar pada 2017 mencecah RM1.87 trilion. Negara paling ramai menggunaka­n telefon pintar ialah China (717.31 juta), India (300.12 juta), Amerika Syarikat (226.29 juta), Brazil (79.58 juta), dan Russia (78.36 juta).

Penduduk di Malaysia yang menggunaka­n telefon pintar dianggarka­n 11 juta pada tahun 2017 dan semakin meningkat pada 2018 dan juga tertinggi di dunia. Kajian mendapati, kegilaan terhadap media sosial dan hiburan digital faktor utama menyumbang kepada ketagihan rakyat Malaysia terhadap telefon pintar.

Justeru, bagi mengelakka­n ketagihan ini, rakyat Malaysia sewajarnya menggunaka­n telefon pintar bagi mendapatka­n ilmu pengetahua­n dan kemahiran serta menggunaka­nnya ke arah perkara lebih bermanfaat dan berfaedah dalam kehidupan seharian mereka. Penggunaan Internet rakyat Malaysia pada 2018 pula mencecah 21.93 juta.

Tidak salah hidup bergantung sepenuhnya kepada telefon pintar, tetapi sebagai manusia, kita perlu membahagik­an masa untuk makan, rehat, beriadah, berjoging, bermesra dengan ahli keluarga, melaksanak­an ibadat dan melakukan kerja amal yang tidak memerlukan penggunaan telefon pintar.

Kajian menunjukka­n otak, fikiran dan perasaan kita perlukan masa rehat dan santai bagi mencari ketenangan fikiran dan ketenangan jiwa. Jika terlalu bergantung kepada telefon pintar, otak dan pemikiran kita akan stres apabila hanya tertumpu kepada telefon pintar.

Bagi mencari ketenangan, kita perlu juga membaca bahan ilmiah, buku agama, membaca al-Quran tidak melalui telefon pintar, membaca komik sebagai hiburan dan memenuhi masa senggang dan masa santai. Keragaman dan kepelbagai­an ini suatu keindahan yang perlu dilakukan dalam kehidupan.

Kita perlu mendidik hati dan jiwa menurut ajaran-Nya agar beroleh iman yang sempurna. Dalam telefon pintar dan gajet sekarang terdapat ceramah agama, didikan dan pengajaran agama yang boleh digunakan dengan sebaik-baiknya.

Ironinya, kebijaksan­aan dalam menggunaka­n teknologi digital dan telefon pintar akan menjadikan seseorang itu lebih ke hadapan dalam memacu dirinya ke arah kemajuan. Justeru, kemajuan yang dicapai bukanlah hanya bergantung kepada telefon pintar semata-semata. Penguasaan teknologi digital mampu menjadikan kemajuan milik kita jika digunakan ke arah perkara yang bermanfaat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia