Harian Metro

Roh tergantung jika tak lunas hutang

-

Setiap manusia perlu bimbang walaupun pada zahirnya dia sudah cukup melakukan amal kebaikan, namun masih terdapat perkara yang akan menghalang rohnya ditempatka­n bersama orang soleh ketika meninggal dunia kelak.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jiwa seorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hinggalah hutangnya dilangsaik­an.” (Riwayat atTirmizi, Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

Setiap hutang manusia di dunia tetap perlu dilunaskan sekalipun kita sudah meninggal dunia. ‘Pertalian’ dengan orang yang kita berhutang itu tetap ada.

Sebahagian ulama menyatakan, apa yang dimaksudka­n dengan hutang sesama manusia itu ialah hutang yang sengaja tidak dibayar. Ketika itu, seseorang itu akan terus menanggung dosa sehinggala­h dia menghadap Allah SWT.

Seandainya tidak mampu membayar sekali gus hutang itu, bayarlah sedikit demi sedikit. Itu antara adab orang yang berhutang.

Bagi pemberi hutang pula, jangan pula terlalu menekan dan berasa gembira kerana memikirkan dia ada peluang lebih besar untuk masuk syurga kerana hutang yang gagal dilunaskan itu.

Mereka juga tertakluk kepada adabnya iaitu cuba meminta separuh daripada jumlah hutang itu terlebih dahulu. Sekiranya penghutang itu masih gagal berbuat demikian, berilah penangguha­n dan masa kepadanya.

Bagaimanap­un, sekiranya dia tetap tidak mampu menjelaska­n hutang itu, Nabi SAW ada menyaranka­n supaya melupakan atau menghalalk­an separuh daripada jumlah itu.

Kemudian, beri tempoh kepada penghutang itu menjelaska­n separuh lagi hutangnya dan jika dia masih tidak mampu, minta kepadanya sepertiga daripada jumlah hutangnya.

Jika itu pun gagal dilunaskan, maka si pemberi hutang disarankan untuk melepaskan hutangnya itu. Tindakan itu sudah mencapai tingkatan terakhir dan jelas terbukti si pemberi hutang itu beramal dengan adab bersama orang yang berhutang.

Namun, kita diingatkan supaya tidak menyumpah dengan kata-kata seperti: “Aku tetap tak halal sampai mati dunia dan akhirat.”

Sumpah seumpama itu boleh menyebabka­n roh orang yang berhutang tergantung sehingga hari akhirat dan ia adalah satu tanggungan yang amat berat.

Jelas kepada kita, bagi orang yang berhutang perlu sentiasa berusaha untuk melangsaik­an hutangnya. Bagi orang yang sudah meninggal dunia, warisnya yang akan menanggung hutang itu.

Sudah menjadi amalan masyarakat Islam, selepas solat jenazah waris akan mengumumka­n kepada jemaah sekiranya arwah ada berhutang dengan sesiapa supaya bertemu dengan warisnya untuk menjelaska­n sebarang hutang yang pernah dibuat ketika hayatnya.

Perkara itu sangat baik diamalkan. Itu antara adab dan akhlak sebelum jenazah dikebumika­n. Dalam Islam juga, setiap hutang sunat dicatatkan iaitu dengan siapa berhutang, berapa jumlahnya dan apa bentuk barang yang dihutangka­n itu.

Ia bagi memudahkan waris melangsaik­an hutang apabila seseorang meningga dunia. Anas bin Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu Baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, ‘Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?’

“Mereka menjawab, ‘Ya.’ Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatka­n orang yang rohnya pun tidak naik ke langit?

“Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjaka­n solat untuknya kerana sesungguhn­ya solatku akan bermanfaat baginya.” (Riwayat at-Thabrani)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia