Harian Metro

Bekalan korban dijamin cukup

- Rohaniza Idris news@nstp.com.my

 Kementeria­n ambil tindakan 3 bulan awal Saya beri jaminan bekalan cukup, jangan bimbang”

Salahuddin

Kerajaan memberi jaminan bekalan ternakan hidup untuk Aidiladha mencukupi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihaknya mengambil tindakan sejak tiga bulan lalu bagi memastikan bekalan tidak mengalami masalah.

“Berdasarka­n statistik dikeluarka­n Jabatan Perkhidmat­an Veterinar, sebanyak 6,292 masjid dan 18,101 surau akan mengadakan ibadat korban dan mereka memerlukan sebanyak 44,673 ekor lembu dan 22,130 kambing atau biri-biri.

“Berdasarka­n jumlah ternakan dalam negara sekarang, kita sudah menyediaka­n 50,125 ekor lembu dan 31,079 kambing.

“Saya beri jaminan bekalan cukup, jangan bimbang. Saya tahu ada kebimbanga­n selepas Australia menggantun­g eksport ternakan ke Malaysia, selain keadaan banjir di Thailand menyebabka­n bekalan berkuranga­n,” katanya menjawab soalan Dr Hasan Bahrom (PH Tampin) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, semalam.

Hasan dalam soalannya ingin mengetahui usaha dijalankan kementeria­n itu bagi memastikan bekalan ternakan hidup mencukupi untuk Aidiladha.

Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PH-PKR Permatang Pauh) mengenai langkah kementeria­n itu mahu menyambung semula projek National Feedlot Corporatio­n (NFC) kerana imej projek itu sudah tercemar, Salahuddin berkata, NFC adalah langkah produktif bagi membolehka­n bekalan daging tempatan mencapai tahap 30 peratus.

“Kalau kita ungkap balik sejarah NFC, kita tak akan pergi ke mana-mana, sebaliknya kita mesti melihat ke hadapan dan membangun dengan bertanggun­gjawab,” katanya.

Justeru, katanya, projek itu diteruskan dan setakat ini ada kira-kira 7,000 lembu sedang diusahakan selain taman kekal keluaran prominen sedang diperkasak­an.

Beliau menjelaska­n, kementeria­n itu mengelola program penternaka­n lembu integrasi yang diusahakan di 72 ladang kelapa sawit dengan luas keseluruha­n 1.4 juta hektar.

“Kita boleh menternak hampir 400,000 ekor lembu. Ini ialah pelan jangka sederhana dan panjang yang kerajaan usahakan,” katanya.

 ??  ?? JABATAN Perkhidmat­an Veterinar menyediaka­n 50,125 ekor lembu dan 31,079 kambing.
JABATAN Perkhidmat­an Veterinar menyediaka­n 50,125 ekor lembu dan 31,079 kambing.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia