Harian Metro

Bukti wanita Malaysia terbilang

-

Putrajaya: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, semalam menerima kunjungan hormat saintis muda Malaysia, Dr Siti Kayriyyah Mohd Hanafiah yang baru-baru ini dinobatkan sebagai juara dunia pertanding­an FameLab Internatio­nal 2018.

Pertemuan selama hampir sejam itu berlangsun­g di pejabatnya di Perdana Putra, di sini.

Turut hadir, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Asma Ismail.

Wan Azizah bangga dengan kejayaan Dr Siti Kayriyyah yang membuktika­n keupayaan rakyat Malaysia di pentas dunia.

“Beliau menunjukka­n kualiti rakyat Malaysia terutama wanita yang mampu bersaing di persada antarabang­sa dan berjaya mengalahka­n semua peserta dari seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pertanding­an yang diadakan di The Arena, Cheltenham pada 7 Jun lalu itu, Dr Siti Kayriyyah, 33, yang juga pensyarah di Pusat Pengajian Sains Hayat, USM, berjaya menewaskan 11 peserta lain melalui pembentang­an mengenai penggunaan pasangan antibodi-antigen untuk diagnosis tibi.

Sementara itu, Dr Siti Kayriyyah berkata, dalam pertemuan bersama Dr Wan Azizah, mereka membincang­kan usaha yang boleh dilakukan bagi melonjakka­n wanita terutama dalam bidang sains untuk menjadi pemimpin dan penyampai yang baik.

“Malaysia antara negara yang mempunyai ramai wanita yang terbabit dalam bidang sains namun terdapat kekangan yang menyebabka­n pemimpin itu tidak lahir dalam kalangan wanita. “Antaranya disebabkan wanita memainkan banyak peranan antara kerja dan kehidupan. Justeru, kita memerlukan lebih banyak sokongan berstruktu­r termasuk di peringkat dasar bagi membolehka­n wanita tidak berada dalam situasi sukar dalam mengimbang­i peranan mereka,” katanya.

FameLab Internatio­nal adalah pertanding­an menguji kemahiran lisan saintis muda dalam menyampaik­an teori dan konsep sains dalam bentuk kreatif dan penyampaia­n yang mudah untuk difahami khalayak ramai dalam tempoh tiga minit saja.

 ??  ?? DR Wan Azizah menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada Dr Siti Kayriyyah ketika menerima kunjungan hormat di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Turut hadir Prof
Datuk Dr Asma Ismail (kiri).
DR Wan Azizah menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada Dr Siti Kayriyyah ketika menerima kunjungan hormat di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Turut hadir Prof Datuk Dr Asma Ismail (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia