Harian Metro

‘Mahligai’ dinding buluh

-

Kesempitan hidup menyebabka­n sepasang suami isteri dan dua anak terpaksa hidup di pondok buruk yang dibina di pinggir Kampung Charok Bakong, Dalam Wang, dekat sini, sejak tiga tahun lalu.

Bagi Muhamad Fuzilah Che Azmi, 35, dan isterinya, Siti Zakiah Mustafa, 28, serta dua anak, Muhammad Izzul Darwisy, 7, dan Siti Nur Iklil Amani, 2, pondok yang berdinding buluh dan beratap zink itu adalah ‘syurga’ mereka.

Di situ empat beranak berkenaan berteduh dari hujan dan panas kerana tidak mampu mendiami rumah lebih selesa disebabkan kemiskinan.

Muhamad Fuzilah berkata, dia membina pondok itu menggunaka­n kayu hutan dan barangan terbuang kerana tidak mampu menyewa kediaman selain malu menumpang rumah ahli keluarga lain.

Dia hanya bergantung kepada upah diberi penduduk kampung hasil melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara keluargany­a.

Menurutnya, bapa mana yang sanggup melihat anaknya terpaksa bersejuk tiap kali hujan lebat akibat terkena tempias air yang masuk melalui atap dan dinding pondok yang bocor.

“Setiap kali hujan kami berpindah tempat tidur kerana air masuk di segenap penjuru pondok.

“Memang sedih melihat anak yang basah terkena tempias air hujan, namun saya tetap bersabar dengan setiap ujian Allah ini,” katanya.

Bagi menjimatka­n wang,

 Bapa tak sanggup lihat anak terpaksa bersejuk terkena tempias hujan

keluarga berkenaan juga terpaksa menggunaka­n air bukit untuk memasak dan membasuh selain bergantung kepada bekalan elektrik daripada rumah jiran yang tinggal berdekatan.

Muhamad Fuzilah berkata, dia pernah memohon mendapatka­n bantuan perumahan tetapi tidak tahu status sehingga kini.

“Saya akan

berusaha mencari rezeki setiap hari bagi memastikan dapur berasap dan anak saya dapat ke sekolah kerana tidak mahu menjadikan kemiskinan sebagai alasan anak tercicir dalam pelajaran.

“Saya akan pastikan anak yang belajar di tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Wang ke sekolah setiap hari seperti murid lain,” katanya. perempuan yang berusia 26 tahun dan bantuan JKM serta baitumal. Tapi kalau tak cukup wang saya tebalkan muka meminjam daripada jiran.

“Justeru saya merayu orang ramai memberikan sumbangan menerusi akaun Maybank saya 1644902173­65,” katanya.

Bapa kepada empat anak ini berkata, mujurlah jiran memahami kekangan hidup dan sudi meminjamka­n wang setiap kali diminta.

“Tapi sampai bila nak pinjam, sampai bila perkara ini akan berterusan. Saya malu, setiap kali mahu ke pusat dialisis terpaksa meminjam, saya buntu bagaimana mahu memperbaik­i hidup.

“Jika mahu bekerja memang saya tidak mampu, nak menguruska­n diri pun mengharapk­an anak OKU kerana seorang lagi bekerja,” katanya.

 ??  ?? MUHAMAD Fuzilah bersama isteri dan dua anak mereka di hadapan pondok tempat mereka berteduh di Kampung Charok Bakong, Dalam Wan g. KEADAAN bahagian dalam tempat tinggal Muhamad Fuzilah dan keluargany­a.
MUHAMAD Fuzilah bersama isteri dan dua anak mereka di hadapan pondok tempat mereka berteduh di Kampung Charok Bakong, Dalam Wan g. KEADAAN bahagian dalam tempat tinggal Muhamad Fuzilah dan keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia