Harian Metro

‘Entah sampai bila nak pinjam duit jiran’

-

Kuala Lumpur: “Saya sudah penat dan malu untuk meminjam daripada jiran. Sekarang, ini usaha terakhir saya terpaksa juga merayu minta bantuan orang ramai bagi meringanka­n beban hidup,” kata bekas tentera, Azmi Mahmud, 53.

Azmi yang menghidap kencing manis, buah pinggang, masalah jantung, paru-paru berair dan asma kini bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM250 serta baitulmal RM400 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP).

Menurutnya, jumlah bantuan bulanan diterima tidak mencukupi berikutan dia juga terpaksa menyediaka­n keperluan untuk anak perempuann­ya Norashikin, 27, berstatus orang kurang upaya (OKU).

“Anak saya kerap mengalami sawan, tangan kirinya lumpuh kesan akibat kerap diserang sawan sejak kecil. Bantuan bukan saja digunakan untuk beli ubat saya, tetapi keperluan Norashikin juga.

“Sekarang saya menjalani rawatan dialisis di Pusat Dialisis Rakyat, Ampang dan untuk ke sana saya menaiki Grab tiga kali seminggu yang dianggarka­n berjumlah RM150,” katanya di rumahnya di Jalan Peel di sini, semalam.

Katanya, selepas berhenti daripada perkhidmat­an Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dia bekerja sebagai pengawal keselamata­n.

Namun malang bagi Azmi, apabila dia terbabit kemalangan menyebabka­n tulang pinggul dan kaki kiri patah selepas dilanggar kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja pada 2008.

“Pada masa sama doktor sahkan masalah kencing manis saya semakin serius, malah saya juga tidak boleh berjalan.

“Kehilangan punca pendapatan menyebabka­n saya bergantung kepada anak

 ??  ?? AZMI tidak mampu bekerja selepas kemalangan dan menghidap pelbagai penyakit kronik.
AZMI tidak mampu bekerja selepas kemalangan dan menghidap pelbagai penyakit kronik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia