Harian Metro

Bank Rakyat diiktiraf syarikat terbaik CSR Rugi RM5,700 beli nombor tak wujud

-

Kuala Lumpur: Seorang jurujual kerugian RM5,700 selepas mendakwa diperdaya seorang lelaki yang menawarkan pembelian nombor ramalan yang tidak wujud.

Lelaki berkenaan dikatakan mendakwa nombor ramalan yang ditawarkan kepada mangsa mampu memenangi hadiah berjumlah RM1.5 juta.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ong, 27, berkata, dia mula mengenali individu yang bernama Ah Chan melalui Facebook menggunaka­n nama ‘Change of Luck’ pada 11 Jun lalu sebelum mangsa menghubung­i lelaki berkenaan melalui media sosial berkenaan.

“Lelaki yang menggelark­an dirinya sifu itu mencadangk­an supaya menyertai acara pemujaan untuk mengubah nasib sebelum meminta saya membeli barangan iaitu empat lilin teratai berjumlah RM68.

“Sifu mendakwa saya dikeliling­i roh dan individu jahat dan meminta saya melakukan

 Bantu golongan autistik kempen #AnakKita sejak Oktober 2016

ritual berkenaan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Biro Aduan MCA di sini, semalam.

Ong berkata, seminggu kemudian dia dihubungi lelaki terbabit dan memaklumka­n dia masih dikeliling­i persekitar­an tidak bertuah.

“Saya kemudian diminta membeli peralatan sembahyang bernilai RM480 sebelum berjanji memberi nombor ramalan.

“Lelaki itu meminta wang RM960 untuk membolehka­n ritual yang dilakukan lebih mujarab dan meminta wang RM1,400 untuk membeli bedak,” katanya.

Menurutnya, dia kemudianny­a memindahka­n wang ke dalam satu akaun yang diberikan sebelum menerima satu nombor ramalan daripada individu terbabit dan membeli nombor berkenaan berharga RM600.

“Namun nombor ramalan yang diberi tidak memenangi sebarang hadiah.

“Lelaki terbabit kemudian menghubung­i saya lagi dan meminta wang RM2,520 dan memberi satu lagi nombor ramalan.

“Saya membeli dengan jumlah yang sama ketika pembelian pertama dilakukan, namun ketika cabutan nombor dijalankan saya dapati nombor terbabit juga tidak berjaya,” katanya.

Menurutnya, dia kemudianny­a mula berasa tertipu sebelum pergi mencari lelaki berkenaan di sebuah tokong di Kelantan tetapi tidak menemuinya. Marang: Seorang warga emas maut selepas kereta yang dinaikinya dirempuh sebuah motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 26, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Pulau Kerengga, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.45 pagi itu, Zainun Mohamad, 66, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.

Ketika kejadian, mangsa duduk di bahagian belakang kereta Perodua Kancil bersama dua lagi rakannya dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Gong Balai.

Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta yang dinaiki itu dirempuh motosikal terbabit yang ditunggang seorang pemuda berusia 24 tahun.

Pemuda terbabit dilaporkan parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

 ??  ?? PENGERUSI CSR Malaysia , Datuk R Rajendran menyampaik­an anugerah utama kepada Shukry bersama Pengerusi Bersama CSR Malaysia , Lee Seng Chee (kiri),
PENGERUSI CSR Malaysia , Datuk R Rajendran menyampaik­an anugerah utama kepada Shukry bersama Pengerusi Bersama CSR Malaysia , Lee Seng Chee (kiri),
 ??  ?? MICHAEL bersama mangsa (tengah) yang ditipu sindiket nombor
ramalan.
MICHAEL bersama mangsa (tengah) yang ditipu sindiket nombor ramalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia