Harian Metro

syukur usaha berbaloi

Pasar raya dapat sambutan menggalakk­an

-

DARI MUKA R27

Menurut Rosyam, 10 peserta berentap dalam musim baru ini yang diwakili lapan lelaki dan dua wanita.

Mereka ialah Da’i Syahmi, Da’i Wafi, Da’i Syazwani, Da’i Haziq, Da’i Hafiz, Da’i Imran, Da’i Danial, Da’i Amirul, Da’i Adam dan Da’i Raisyah.

Da’i 6 juga menampilka­n Datuk Ustaz Mohd Zawawi Yusoh sebagai Mursyid dan dua tenaga pengajar iaitu Ustaz Haryanto Rizal Rokman serta Ustaz Fakhrul Radhi Khamarudin sebagai Murabbi.

“Dua juri tetap dipilih untuk menilai peserta iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Profesor Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail.

“Disiarkan secara langsung setiap Jumaat jam 9 malam, Da’i 6 menawarkan hadiah lumayan RM60,000 untuk juara, RM15,000 (tempat kedua) dan RM10,000 (ketiga),” katanya.

Berkongsi cerita mengenai pasar raya borong ST Rosyam Mart yang beroperasi sejak 1 Jun lalu, Rosyam menzahirka­n rasa syukur apabila usahanya itu mendapat sambutan memberangs­angkan orang ramai.

Lebih menggembir­akan apabila pasar raya itu tidak putus pelanggan malahan sesak setiap hujung minggu.

“Alhamdulil­lah, apa yang dirancang selama ini dipermudah­kan dan berjalan lancar. Melihat sambutan pelanggan, saya rasa sangat gembira dan terharu.

“Banyak perkara yang perlu diuruskan dan diselia dengan teratur serta teliti. Biasalah, pasar raya baru beroperasi jadi saya kena fokus terutama berkaitan stok keluar masuk barangan dan latihan secukupnya kepada pekerja,” katanya yang berterima kasih dengan sokongan masyarakat terhadap perniagaan yang diusahakan itu.-Norhayati

Nordin

 ??  ?? FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM
FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia