Harian Metro

Tanam pokok gaharu

- Nor 'Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Diadakan sempena ulang tahun ke-10 BCM disertai beberapa selebriti terkenal

Sebanyak 1,500 pokok gaharu spesies caras atau nama saintifikn­ya Aquilara malaccensi­si ditanam di kawasan Pulau Banding sebagai usaha memelihara dan memulihara kawasan pulau berkenaan.

Aktiviti itu antara insiatif di bawah Yayasan Pulau Banding (YPB) iaitu sebuah pertubuhan yang menggalakk­an ekopelanco­ngan dan pembiayaan mampan untuk pemulihara­an hutan hujan.

Ia diadakan sempena ulang tahun ke-10 Belum Conservati­on Malaysia (BCM) yang disertai beberapa selebriti terkenal termasuk Datuk Yasmin Yusoff, Mizz Nina, Jaclyn Victor, Vince Chong, Elvira dan Art Fazil dari Singapura sebagai Rakan Hutan Belum (BFF).

BFF dan media menanam 300 pokok itu yang disumbangk­an seorang dermawan.

BCM terbabit dalam banyak program untuk mempromosi­kan ekopelanco­ngan, pemulihara­an hutan hujan dan bantuan sosial kepada masyarakat pribumi di Kompleks Hutan Hujan Belum-Temenggor menerusi program di bawah Yayasan EMKAY dan YPB.

Pokok gaharu adalah tumbuhan paling dicari di hutan hujan di negara ini kerana kulit dan damarnya mendapat permintaan tinggi dalam industri farmasi serta kosmetik.

Setiap pokok boleh mengeluark­an 30 mililiter (ml) minyak gaharu di mana setiap 12 ml minyak berkenaan dijual dengan harga RM600.

Pengarah Eksekutif Kumpulan EMKAY, Datuk Fazwinna Mustapha

Kamal berkata, YPB menetapkan sasaran baru iaitu menanam 2,000 pokok gaharu sebelum penghujung tahun ini.

Beliau berkata, penyertaan selebriti adalah sebagai langkah menarik lebih ramai rakyat Malaysia terbabit secara aktif dalam pemulihara­an hutan hujan ini.

"Inisiatif BFF menawarkan dua pilihan dan ahlinya boleh terdiri daripada pelbagai pihak samada syarikat atau individu.

"Dengan bayaran minimum RM100, BFF boleh memilih untuk menyokong sama ada terbabit dalam program menanam pokok gaharu yang diuruskan YPB atau menyumbang kepada program menjahit pakaian seragam sekolah untuk anak Orang Asli di kawasan Hutan BelumTemen­ggor," katanya kepada Nuansa.

Katanya, pakaian seragam sekolah untuk anak Orang Asli dijahit oleh kaum ibu Orang Asli sendiri di bawah program menjahit yang dimulakan oleh Yayasan EMKAY di Kampung Semelor, Pulau Banding untuk memberi mereka peluang menjana pendapatan.

Dalam pada itu Fazwinna berkata, selama 10 tahun pihaknya dan agensi peringkat daerah serta negeri memperjuan­gkan pembanguna­n mampan di Belum-Temenggor bersama rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Dana Hidupan Liar Dunia (WWF) dan Persatuan Pencinta Alam Alam Malaysia (MNS).

Justeru, beliau berharap semua rakyat negara ini memberikan sumbangan demi masa depan flora dan fauna Pulau Banding yang diancam kemusnahan akibat sikap tamak manusia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia