Harian Metro

Kreativiti sentuhan wanita

-

Lukisan perlihat keakraban mereka dengan alam, ikatan kekeluarga­an

Menurutnya, perkataan ‘gebar’ bermaksud selimut dan karya itu didedikasi­kan khas buat tiga anaknya sebagai luahan kasih sayang terhadap mereka.

“Setiap karya ini mempunyai cerita yang berbeza kerana sikap dan karakter anak juga berlainan.

“Gebar ini umpama pengganti diri yang akan menemani anak jika mereka berjauhan dengan saya apabila melanjutka­n pengajian ke luar negara satu hari nanti,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, gebar itu menjadi seperti ‘azimat’ kepada mereka supaya tidak berasa keseoranga­n tanpa keluarga di sisi.

Pensyarah UiTM Cawangan Perak itu berkata, karya terbabit dihasilkan menggunaka­n teknik jahitan sulaman cantum yang dibuat secara manual menggunaka­n tangan sepenuhnya.

“Ini juga menunjukka­n tangan ibu mempunyai ‘kuasa’ yang cukup kuat bukan saja digunakan untuk melaksanak­an tugasan di rumah seperti memasak tetapi juga menjahit demi anak tersayang,” katanya.

Seorang lagi pelukis, Alice Chang Oi Lai pula lebih cenderung melukis visual gajah sebagai objek utama lukisannya kerana haiwan berkenaan mempunyai hubungan kekeluarga­an yang cukup erat.

“Haiwan ini sentiasa bergerak dalam kumpulan bersama ahli keluargany­a. Gajah jantan pula sentiasa melindungi gajah betina dan anaknya.

“Masyarakat hari ini perlu melihat nilai kekeluarga­an yang ada pada haiwan berkenaan kerana hubungan murni itu kian luntur dalam kalangan manusia.

“Senario gemar bermain telefon bimbit berbanding berbual bersama keluarga ketika keluar makan sudah menjadi kebiasaan dan perbuatan seperti ini menjejaska­n nilai kekeluarga­an,” katanya yang menghasilk­an lukisan menggunaka­n cat minyak atas kanvas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Balai Seni Negara Amerrudin Ahmad berkata, sepanjang 60 tahun penubuhann­ya,

BSN sudah mengadakan beberapa pameran untuk pelukis wanita.

“Lukisan yang dipamerkan memberikan makna sentuhan wanita sangat menarik dan kreatif.

“Palitan berus di kanvas menunjukka­n keakraban mereka dengan alam, sentuhan kasih sayang, keprihatin­an dan nilai kemanusiaa­n,” katanya.-Nor ‘Asyikin

Mat Hayin

 ?? FOTO ?? PENGUNJUNG menghayati lukisan yang terdapat dalam Pameran Lakar Wanita.
FOTO PENGUNJUNG menghayati lukisan yang terdapat dalam Pameran Lakar Wanita.
 ??  ?? ALICE bersama
lukisannya bertajuk My Love 1.
ALICE bersama lukisannya bertajuk My Love 1.
 ??  ?? KARYA Siri Gebar Mamma diperbuat menggunaka­n fabrik dan teknik sulaman cantum.
KARYA Siri Gebar Mamma diperbuat menggunaka­n fabrik dan teknik sulaman cantum.
 ??  ?? ROZARINA bersama karyanya yang dibuat khas untuk tiga anaknya.
ROZARINA bersama karyanya yang dibuat khas untuk tiga anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia