Harian Metro

MEMPeringa­ti negarawan kebebasan

-

110 belia pelarian sertai bengkel reka bentuk corak pada baju-T dalam program Pakaian Komuniti Kita

berjaya dihapuskan.

“Tahun ini adalah ulang tahun kelahiran Nelson Mandela yang ke100 dan mendiang meninggal dunia lima tahun lalu,” katanya kepada Nuansa.

Beliau berkata, sempena ulang tahun itu Suruhanjay­a Tinggi Afrika Selatan bekerjasam­a dengan UNHCR yang memilih dan memberi tumpuan untuk memenuhi keperluan pelarian termasuk peluang pendidikan supaya kehidupan mereka lebih terjamin.

Berdasarka­n rekod, terdapat lebih 158,000 pelarian di Malaysia berdaftar dengan UNHCR dengan 42,000 daripada mereka adalah kanakkanak.

Sementara itu, wakil UNHCR bagi Malaysia Richard Towle berkata, status pelarian tidak diiktiraf di negara ini menyebabka­n mereka tidak dibenarkan menikmati kemudahan seperti bekerja, ke sekolah kerajaan dan kesihatan di hospital.

“Namun, mereka tetap tabah mengharung­i kepayahan hidup di sini dan bekerja untuk menampung perbelanja­an keluarga.

“Kami menghargai komitmen berterusan diberikan semua pihak membantu pelarian untuk mereka membina semula kehidupan yang bermakna,” katanya.

Sementara itu Pengurus Besar Akademik Ideas, Sopiah Suid berkata, pihaknya gembira apabila ada yang berminat menganjurk­an aktiviti di pusat berkenaan kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar dengan masyarakat luar.

“Pusat ini ditubuhkan pada tahun 2014 untuk memberikan pendidikan kepada orang kurang bernasib baik termasuk pelarian.

“Kini hanya pelajar pelarian dari Myanmar, Pakistan, Somalia, Afgha nistan, Iran, Iraq dan Syria belajar di pusat ini,” katanya.

Beliau berkata, pelajar didedahkan dengan pembelajar­an hoslistik berpanduka­n silibus Cambridge Internatio­nal General Certificat­e of Secondary Education (IGCSE).

Katanya, tempoh maksimum belajar di pusat berkenaan ialah lima tahun dan selepas itu pelajar boleh melanjutka­n pengajian di luar negara.

 ??  ?? PELAJAR mereka bentuk corak pada baju-T.
PELAJAR mereka bentuk corak pada baju-T.
 ??  ?? PELAJAR memilih pakaian baru dan terpakai sumbangan UNIQLO.
PELAJAR memilih pakaian baru dan terpakai sumbangan UNIQLO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia