Harian Metro

TAMBAH NILAI RUANG

Ternyata lampu hiasan mampu mengangkat nilai dekorasi sesebuah ruang. Berikut ada beberapa panduan yang boleh anda gunakan.

-

MATERIAL

Ini kerana banyak bahan asas lampu hiasan yang perlu anda teliti untuk penggunaan jangka panjang. Umpamanya ruang tamu minimalis lebih sesuai dipadankan dengan lampu hiasan berasaskan besi berbanding lampu kristal. Bentuk besi padat dan sederhana dinilai lebih sesuai berbanding kristal yang sarat. Lampu hiasan kristal lebih sesuai diaplikasi­kan pada ruang dekorasi bergaya glamor dan klasik kerana mampu membawa nilai keanggunan.

REKAAN

Selain bahan penghasila­nnya yang pelbagai, bentuk atau rekaan lampu hiasan juga biasanya dipengaruh­i bahan, ukuran, dan fungsinya. Pada ruang yang berfungsi lebih serius, lampu berbentuk formal dicadangka­n. Ini kerana lampu seperti ini mampu menambah nilai ruang yang sepadan dengan persekitar­an. Sama juga dengan ruang untuk santai, pemilihan bentuk lampu praktikal antara yang sesuai.

SAIZ

Anda juga tidak seharusnya keliru dalam menentukan ukuran lampu hiasan pada ruang kediaman anda. Ukuran yang terlalu kecil bagi ruang boleh mengakibat­kan penyinaran­nya kelihatan redup dan kesan yang ditimbulka­n hampir tidak ada. Malah membuatkan ruang kelihatan hambar.

Begitu juga sebaliknya apabila pemilihan lampu terlalu besar untuk ruang kecil kerana boleh menyebabka­n suasana terlalu terang dan sentuhan dekorasi kelihatan sarat.

Cara untuk menentukan­nya adalah ukur panjang ruang ditambah dengan lebar ruang. Pengiraan itu banyak membantu anda memilih saiz atau ukuran lampu yang tepat.

POSISI

Selain material, bentuk rekaan dan saiz, posisi atau kedudukan lampu hiasan juga memainkan peranan penting. Lampu hiasan bukan semudah meletakkan barangan hiasan lain. Bentuk dan rekaannya merupakan aspek paling utama yang menentukan posisi terbaik. Lampu berkaki selalunya menjadi pilihan untuk diletakkan pada bahagian sudut supaya cahayanya lebih maksimum kerana terbias di sisi kiri dan kanan dinding. Selain menghasilk­an ilusi cahaya yang lebih terang dan luas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia