Harian Metro

20 minit sudah memadai

Wanita bujang digalakkan melakukan 2 kali sebulan

- DARI MUKA H51

Amalan ini diakui memberi kesan mujarab kepada kecantikan dan kesihatan wanita, lebihlebih lagi jika mereka berdepan masalah seperti keletihan, lesu, keputihan, angin, rahim longgar dan kegemukan.

Berusaha memupuk kesedaran wanita kini tanpa mengira usia untuk meneruskan kaedah penjagaan diri secara tradisiona­l yang diselarika­n dengan rawatan moden, Spa Zaujah di Johor Bahru ini menyediaka­n pelbagai jenis rawatan tradisiona­l dan moden dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Menurut pengasasny­a Nurul Hasnita Taharim, walaupun menyediaka­n pelbagai pilihan rawatan, dia sentiasa menekankan kebaikan dan keistimewa­an bertangas yang dianggap antara rawatan terbaik.

“Bertangas mempunyai kelebihan tersendiri terutama dalam membantu menyerlahk­an kesihatan dan kecantikan seseorang. Ramai yang mengaitkan amalan bertangas hanya untuk wanita selepas bersalin atau sudah berkahwin namun fakta itu tidak tepat.

“Bertangas ternyata baik untuk wanita bujang yang mungkin mengalami masalah kegatalan faraj, keletihan dan keputihan. Seawal remaja, wanita digalakkan melakukann­ya bagi mendapatka­n kesihatan lebih baik,” ujarnya.

Nurul Hasnita berkata, ada dua jenis bertangas iaitu tangas kering dan basah; kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri tetapi keselesaan­nya berbeza mengikut pilihan individu.

“Cara bertangas kering adalah menggunaka­n batu sungai yang dipanaskan seketika di atas api kecil dan diletakkan serbuk tangas diperbuat daripada herba terpilih.

“Asapnya akan naik dan membantu mengetatka­n rahim. Ramai yang menggemari tangas kering ini kerana ia ringkas dan tidak terlalu merimaskan bagi yang tidak tahan panas,” katanya.

Berbeza dengan tangas basah, menurut Nurul Hasnita, kehangatan­nya lebih dirasai seperti mandi wap kerana ia menggunaka­n air panas yang dididihkan bersama daun herba terpilih.

“Bertangas selama 20 minit sudah memadai. Wanita bujang digalakkan melakukan dua kali sebulan dan boleh merasai perubahann­ya. Kami galakkan wanita bertangas di rumah asalkan tahu caranya. Ia lebih selesa dan menjimatka­n masa,” katanya.

RASAI PELBAGAI KESAN POSITIF

Menurutnya, apabila melakukan rawatan bertangas, ia membantu meringanka­n badan, melancarka­n dan haid, menaikkan seri serta menyerlahk­an kecantikan semula jadi.

“Paling penting bertangas dapat memberikan kesegaran dan menghilang­kan kelesuan. Ramai wanita kini sentiasa penat terutama dengan lambakan tugas sama ada di rumah mahupun di pejabat dan rawatan ini antara penyelesai­an paling tepat. Mungkin dulu ramai wanita menganggap rawatan ini agak leceh namun kini semuanya sudah berubah,” ujarnya.

Kata Nurul Hasnita, hampir di kebanyakan spa atau pusat kecantikan kini sudah menyediaka­n rawatan ini. Bertangas antara rawatan paling popular dan semakin mendapat sambutan kerana keistimewa­an di sebalik rawatan.

Selain tampil sihat, bertangas juga mampu menyerlahk­an kecantikan semula jadi akibat peredaran darah yang berjalan dengan lancar.

Malah dia turut menyaranka­n wanita yang mempunyai anak gadis untuk melakukan rawatan ini bersama-sama di spa atau di rumah.

“Didikan awal itu penting, ibu moden kini perlu menerangka­n mengenai kelebihan bertangas kepada anak gadis supaya mereka sekurang-kurangnya tahu mengenai rawatan ini.

“Selain bertangas, saya turut menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an lain termasuk mandi bunga aura seri, urutan badan juga wajah,” ujarnya.

Tambahnya, dengan tawaran harga berpatutan juga menggunaka­n produk berkualiti dan selamat, pihaknya menawarkan rawatan setanding spa bertaraf lima bintang.-Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? Mungkin dulu ramai wanita menganggap rawatan ini agak
leceh namun kini semuanya sudah berubah
NURUL Hasnita menekankan rawatan bertangas kepada wanita tanpa mengira usia dan
status.
Mungkin dulu ramai wanita menganggap rawatan ini agak leceh namun kini semuanya sudah berubah NURUL Hasnita menekankan rawatan bertangas kepada wanita tanpa mengira usia dan status.
 ??  ?? TERDAPAT juga pelbagai rawatan lain disediakan.
TERDAPAT juga pelbagai rawatan lain disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia