Harian Metro

Solekan sempurna bedak asas

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Pemilihan warna tepat pengaruhi penampilan, beri kesan berbeza seseorang wanita

Seiring peredaran masa, ramai wanita tahu pemakaian bedak asas adalah satu langkah penting untuk mendapatka­n hasil solekan wajah sempurna. Namun di sebalik itu, ramai yang masih tidak tahu pemilihan warna yang tepat akan mempengaru­hi penampilan keseluruha­n sekali gus memberikan kesan berbeza kepada personalit­i terbabit.

Dalam hal ini, penting untuk kita mengetahui jenis bedak asas yang sesuai bagi membolehka­n aplikasi tepat dilakukan pada wajah. Di pasaran terdapat tiga jenis bedak asas iaitu dalam bentuk cecair, krim dan bedak padat.

Menurut jurusolek profesiona­l yang juga penata rias Feiruz Sohor, bedak asas cecair paling popular kerana ia bersifat lembut, paling mudah digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit kering yang mana sapuan secara nipis akan menampakka­n kulit lebih segar dan menawan.

"Bedak asas krim pula sesuai untuk kulit bermasalah kerana ia tidak melekit dan mengeluark­an minyak. Walaupun bedak asas jenis ini sedikit pekat, ia mudah dipakai.

"Elakkan memakai secara berlebihan kerana ia mudah diserap terus oleh kulit. Wanita dinasihatk­an menyapu secara berhati-hati bagi mengelak warna kulit menjadi tidak sekata," katanya.

Manakala bedak padat pula sesuai untuk semua jenis kulit normal dan sedikit berminyak. Bedak asas jenis ini tidak perlu dicampur dengan bedak lain kerana ia gabungan bedak asas dan bedak.

CARA PILIH BEDAK ASAS

kulit. Elakkan membeli menerusi dalam talian kerana warna yang ditunjukka­n tidak sama dengan warna sebenar kecuali sekiranya anda mengetahui kod warna.

"Langkah terbaik, pilih di butik yang menjual jenama bedak asas itu kemudian sapukan pada bahagian kulit wajah dan bukannya di belakang tapak tangan kerana warna belakang tangan tidak sama dengan rona sebenar wajah anda," ujarnya.

Menurutnya, sekiranya masih tidak tahu warna sebenar, pilih rona yang seakan sama dengan kulit atau sedikit cerah. Namun bagi yang kurang arif, pilih bedak asas sedikit kekuningan kerana ia sesuai untuk semua jenis kulit.

"Bagi wanita berkulit cerah, pilih bedak asas sedikit merah jambu, wanita berkulit gelap digalakkan memilih bedak asas coklat atau tembaga manakala mereka yang berkulit perang sesuai memakai bedak asas coklat keperangan.

"Tidak salah bertanya kepada individu yang arif mengenai aspek ini daripada anda tersalah pilih rona bedak asas yang akhirnya mencacatka­n penampilan keseluruha­n wajah," katanya.

TEKNIK SAPUAN TEPAT

Untuk membuat sapuan, Feiruz berkata, kebanyakan wanita memilih menggunaka­n berus atau span, namun ada juga yang selesa menggunaka­n jari. Apa juga yang digunakan, pastikan wajah bersih daripada peluh dan minyak bagi mengelak solekan tidak tahan lama disebabkan kulit berminyak dan kelihatan tidak sekata.

"Bagi mereka yang rajin mengamalka­n petua lama bolehlah lakukan urutan wajah menggunaka­n ais. Ini boleh memberi kesegaran sekali gus menutup liang roma pada kulit muka.

"Untuk sapuan di sekitar mata, lakukan dari luar atau ekor mata ke dalam dengan cara bulatan. Sapuan membulat dari luar ekor mata sehingga ke pelupuk mata bertujuan memberikan kesan sekata.

"Sapuan yang betul haruslah dengan cara ke atas atau menarik ke arah luar kiri dan kanan dan bukannya menarik ke bawah bagi mengekalka­n awet muda," ujarnya.

TIP SAPUAN BEDAK ASAS

Gunakan span atau hujung jari.

Jika inginkan sapuan nipis tetapi menggunaka­n bedak asas yang tebal, basahkan span dengan pelembap atau

sedikit air.

Gunakan penyamar noda terlebih dulu terutama untuk parut, kesan jerawat atau bintik hitam, selepas itu sapu bedak asas supaya seimbang.

Lindungi mata yang sembap dengan sapuan bedak asas di sekitar mata. Gunakan warna yang lebih cerah kemudian ratakan.

 ??  ?? PILIH bedak asas sesuai dengan kulit wajah dan rona.
PILIH bedak asas sesuai dengan kulit wajah dan rona.
 ??  ?? SEBAIK-BAIKNYA beli bedak asas di kedai kosmetik bagi mencuba sendiri warna yang sesuai.
SEBAIK-BAIKNYA beli bedak asas di kedai kosmetik bagi mencuba sendiri warna yang sesuai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia