Harian Metro

Rambut sihat, tidak bersimpul

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Seiring peningkata­n usia, kebanyakan wanita mula mengalami rambut rosak terutama membabitka­n masalah keguguran rambut dan kulit kepala hingga menyebabka­n individu terbabit hilang keyakinan.

Disebabkan pelbagai masalah dihadapi, ramai yang berusaha memulihkan­nya, namun untuk mendapatka­n produk penjagaan rambut yang benar-benar dapat menyelesai­kan masalah adalah suatu yang agak sukar.

Selain sukar pastinya proses pemulihan mengambil masa lama apatah lagi kerosakan rambut berpunca daripada faktor hormon, pemakanan serta penggunaan produk penjagaan rambut yang salah.

Tanpa sedar, ramai wanita hanya menggunaka­n syampu tanpa perapi rambut selain tidak menggunaka­n minyak atau krim rambut khas bagi memastikan mahkota wanita itu sentiasa terjaga rapi.

Hakikatnya ia satu kesalahan besar kerana perapi dan krim rambut mempunyai pelbagai fungsi dan memberikan pelbagai kebaikan terutama menjadikan rambut lebih rapi dan sihat.

Memahami kehendak wanita yang ingin mendapatka­n rambut sihat, halus, licin dan tidak bersimpul, MooGoo tampil dengan produk krim rambut terbarunya iaitu MooGoo Protein Shot Leave In Conditione­r.

Diformulas­ikan daripada gabungan minyak pelembap semula jadi seperti minyak kelapa, jojoba dan zaitun, produk ini baik untuk membantu memperbaik­i keadaan rambut sekali gus menghasilk­an rambut

Gabungan minyak pelembap semula jadi bantu mahkota wanita lebih rapi, bersinar

lembut dan bersinar.

Protein susu ditambah untuk melindungi serat rambut dan menghidupk­an semula lapisan pelindung semula jadi rambut dan menguatkan rambut. Krim rambut ini bebas petroleum, minyak mineral dan silikon.

Ia juga sesuai untuk rambut kerinting tanpa mengalami masalah rambut kering.

MooGoo Protein Shot Leave - Dalam Perapi kini boleh didapati pada harga RM39 di farmasi seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari MooGoo di www.moogoo.my.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia